Quantcast

BERITA

David De Gea Cedera

Manchester United kini pening kepala memikirkan situasi yang menimpa beberapa pemain utama mereka. Terbaru, David De Gea telah mengalami kecederaan ketika tugasan antarabangsa – Kelayakan Euro – bersama Sepanyol.

De Gea kembali ke dalam kesebelasan utama selepas beberapa aksi sebelum ini, Kepa Arrizabalaga menjadi pilihan utama.

David De Gea terpaksa meninggalkan padang lebih awal, dalam keadaan memegang bahagian groin. De Gea digantikan oleh Kepa Arrizabalaga, ketika itu Sepanyol ketinggalan 1 gol.

David De Gea sangat cemerlang dalam aksi menentang Sweden. Sebelum dikeluarkan, beliau melakukan ‘double saves’ untuk pasukannya.

Namun Sepanyol berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan pada masa kecederaan oleh Rodrigo.

Manchester United dalam kenyataan rasmi mereka menyatakan, situasi De Gea akan dinilai sebaiknya oleh pasukan kejurulatihan Man United.

De Gea mengalami kecederaan itu ketika mengambil sepakan gol. Dan beliau merasakan ada kesakitan di pangkal pehanya.

“Kecergasan De Gea sudah pastinya akan diberikan perhatian oleh Ole Gunnar Solskjaer menjelang perlawanan besar hujung minggu ini berhadapan dengan Liverpool di Old Trafford.”

“Dan bos akan memberikan kemaskini keadaan De Gea pada sidang media sebelum perlawanan, Jumaat ini, sama ada beliau boleh beraksi atapun sebaliknya.”

Manchester United telah berhadapan dengan krisis kecederaan yang agak teruk pada musim ini.

Namun di kalangan kesemua pemain, David De Gea adalah nama yang sangat penting untuk Man United setakat ini.

David De Gea adalah pemain yang paling konsisten dalam pasukan Man United, walaupun musim lalu beliau mencatatkan rekod bolos paling teruk dalam kariernya bersata Syaitan Merah.

Pastinya penyokong United mengharapkan kecederaan De Gea tidak serius dan boleh turun berhadapan dengan Liverpool.

Walaubagaimanapun, kami ucapkan semoga cepat sembuh kepada De Gea.