Bimbing FK Bezanija Juara Liga 10 Kali Di FM, Andrej Pavlovic Ditawarkan Kerja

Andrej Pavlović antara mereka yang baru sahaja menikmati impian beliau di dunia nyata.

Andrej Pavlović telah meminta kerja di sebuah kelab di Serbia iaitu FK Bezanija.

Paling menarik, dalam resume beliau, Andrej Pavlović memasukkan pencapaian beliau membawa pasukan itu sehingga menjuarai Liga Serbia selama 10 musim berturut-turut dalam permainan Football Manager (FM).

Andrej Pavlović yang baru berusia 22 tahun merupakan peminat tegar FK Bezanija sejak kecil. Beliau juga pemain tegar FM.

Dalam temuduga beliau bersama pasukan tersebut, Andrej Pavlović membentangkan pencapaiannya. Yang paling tinggi adalah membawa FK Berzanija mara ke separuh akhir UCL, ketika dalam tempoh 16 musim beliau menguruskan pasukan itu.

Laluan mereka ke separuh akhir termasuk menewaskan pasukan seperti Manchester City, Tottenham dan Bayern Munich.

Selain daripada 10 kejuaraan liga, beliau juga membantu Berzanija yang berpangkalan di Novi Beograd menang 6 Piala Serbia.

Beliau berkongsi kisahnya dengan SPORTbile. Andrej Pavlović verkata: “Saya bukan nak bercakap besar, tetapi saya seorang yang agak legenda dalam dunia Football Manager.”

Berzanija di dunia sebenar, adalah kelab yang serba kekurangan. Mereka pernah tersingkir dan sedang berhadapan dengan masalah kewangan.

Andrej Pavlović datang ke kelab tersebut dan meminta kerja bagi membantu kelab itu untuk memperbaiki prestasi dan keadaan.

Ajaibnya, beliau telah diterima dan diberikan jawatan Penganalisis Data. Andrej Pavlović mengakui agak terkejut dan teruja.

“Saya datang kepada mereka dan membentangkan data pencapaian saya dalam FM dan saya meyakinkan mereka bahawa saya akan dapat membantu mereka.”

“Saya sebenarnya tidak berharap sangat mereka akan menghubungi saya. Namun saya akui kami ketika itu ada perbincangan yang sangat mesra.”

“Pada Sabtu lalu, Pengarah Kelab, telah menghubungi saya, bertanya, jika saya boleh datang menyaksikan perlawanan. Dan beliau mahu melihat bagaimana saya boleh membantu pasukan.”

“Saya sangat tidak percayakannya. Saya terkejut namun mereka menegaskan mahu saya membantu mereka secara sukarela, sebab ketika ini, kelab ada masalah kewangan.”

Andrej Pavlović menyelesaikan tugas analisis data pertama beliau pada Sabtu. Ketika itu FK Bezanija menang 2-1 ke atas FK Dedinje di Stadion Bežanije.

Beliau mengumpul semua data dan menghantar laporan perlawanan kepada pegawai pasukan. Beliau turut berkongsi hasil kerjanya dengan pengguna Reddit.

“Saya membuat laporan ringkas, fokus kepada beberapa perkara menarik berkaitan dengan statistik serangan dan pertahanan.”

Beliau kemudian menyediakan laporan yang sama untuk pasukan B-21 pada hari berikutnya.

Pasukan B-21 sangat penting untuk Berzanija kerana pemain-pemain muda ini boleh dibangungkan dan juga dijual kepada kelab besar jika mereka dibangunkan dengan sebaiknya.

Sebagai rekod, Andrej Pavlović pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan. Namun beliau sudah menyatakan dirinya sudah melihat masa depannya adalah dalam bidang analisis bola sepak.

“Jika peluang itu tiba, saya mahu berkarier dalam bidang bola sepak sebagai penjejak bakat ataupun penganalisis data. Ianya impian saya sejak sekian lama.”

Andrej Pavlović tidak kisah untuk bekerja secara sukarela. Ini kerana beliau merasakan FK Berzanija juga telah memberikan peluang kepada beliau bekerja di alam profesional.

“Buat masa ini, saya tidak menerima sesen pun bayaran daripada FK Bežanija. Namun tidak mengapa, sebab saya buat semua ini kerana minat dan untuk pasukan yang saya sayang.”

“Saya berharap suatu hari nanti saya akan mendapat bayaran daripada kelab yang mahukan khidmat saya, dan membayar saya di atas perkara yang saya suka.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN