Jaringan penyamaan yang dihasilkan Benjamin Pavard ketika perlawanan bertemu Argentina pada peringkat 16 terakhir telah dipilih selaku gol terbaik Piala Dunia 2018.
Jaringan dengan teknik yang begitu menarik itu berjaya mencari ‘top corner’ pintu gol Argentina yang sekaligus menjadi penyuntik semangat buat anak buah Didier Deschamps.
Menurut laman web rasmi FIFA, gol pemain berusia 22 tahun itu mendapat undian tertinggi apabila hampir tiga juta undian dari pengunjung laman web telah memilih jaringan tersebut.
Sepakan voli itu juga telah menewaskan beberapa jaringan menarik lain seperti sepakan percuma Cristiano Ronaldo bertemu Sepanyol, jaringan Lionel Messi ketika menentang Nigeria serta ledakan dari Phillipe Coutinho dan Nacho Fernandez.
🚀🇫🇷OFFICIAL: @BenPavard28's stunning goal for @FrenchTeam v Argentina has been chosen as the @Hyundai_Global #WorldCup Goal of the Tournament!https://t.co/U0WEmz7dOM pic.twitter.com/BnsbNWoCKI
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) July 25, 2018
Menyingkap kembali komen Pavard mengenai jaringannya selepas perlawanan bertemu Argentina, beliau berkata:
”Saya tidak memikirkannya (mengenai jaringan tersebut), saya hanya berusaha untuk menyelesaikannya dan mengekalkan bola itu di bawah.”
”Bola tersebut melantun ke arah saya. Saya cuba untuk membuat sepakan di kedudukan dimana ia tiba, perkara yang penyerang selalu memberitahu saya.”
”Apabila bola menerjah gawang gol, saya cukup gembira.”
Sementara itu, gol sepakan percuma Juan Quintero ketika bertemu Jepun telah mendapat tempat kedua manakala ledakan luar kotak penalti oleh Luka Modric di tempat ketiga.