RASMI: Fulham Sah Dapatkan Andre Schurrle Dari Borussia Dortmund

Tempoh hari, kami ada menceritakan mengenai perpindahan pemain Borussia Dortmund iaitu Andre Schurrle.

Dari episod beliau dikatakan tidak lagi diperlukan hingga ke gosip beliau akan menyertai Crystal Palace, kini ianya sudah mencapai kemuncaknya.

Kini telah pun sah yang Andre Schurrle telah pun menjadi pemain Fulham secara rasmi.

Beliau menyertai Fulham sebagai pemain pinjaman selama 2 tahun.

Beliau yang dilaporkan menjalani ujian perubatan bersama kelab London itu tempoh hari kini sah menjadi pemain mereka.

Schurrle yang merupakan pemenang Piala Dunia bersama Jerman menyatakan kegembiraan beliau menyertai Fulham ini.

Hal ini kerana, beliau dikatakan cukup berminat dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh pasukan tersebut.

“Saya cukup gembira di sini dan saya tak sabar untuk memulakannya (karier bersama Fulham).”

Menurut beliau, Fulham merupakan kelab yang pertama yang menunjukkan minat terhadap beliau.

“Fulham merupakan kelab pertama yang menunjukkan minat terhadap saya. Ia merupakan salah perkara yang saya hargai dan ianya merupakan salah satu sebab kenapa saya mahu datang ke mari.”

“Saya sukakan penguasaan bola, saya sukakan menyerang. Saya suka melakukan larian, jadi saya rasakan ianya sempurna.”

“Saya perlu berusaha untuk mendapatkan tempat (dalam kesebelasan utama pasukan) dan saya perlu menunjukkan kualiti saya supaya saya boleh menjadi ahli pasukan yang benar-benar boleh membantu.”

Schurrle bakal menyarung jersi bernombor 14 sepanjang tempoh beliau bersama Fulham.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN