Xherdan Shaqiri Yakin Liverpool Mampu Menjuarai Liga Juara-Juara Eropah

Shaqiri

Rekrut terbaharu Liverpool dari Switzerland, Xherdan Shaqiri yakin dengan keupayaan The Reds untuk meraih kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah.

Shaqiri yang dibawa masuk dari Stoke City dengan nilai  £13.5 juta pernah menjulang trofi berprestij yang menjadi rebutan kelab Eropah itu ketika beraksi bersama Bayern Munich pada tahun 2013.

Sehubungan dengan itu, beliau mengimpikan untuk menambah koleksi medal kejuaraan bersama Liverpool.

Bercakap kepada Sky Sports, Shaqiri jelas yakin dengan keupayaan skuad yang dibimbing Jurgen Klopp ini.

”Saya harap saya dapat mengulanginya kerana saya tahu bagaimana perasaan menjuarai Liga Juara-Juara Eropah.”

”Ia adalah sangat menakjubkan dan saya merasakan kami (Liverpool) mampu untuk melakukannya. Kami mempunyai kualiti yang baik terutamanya dengan pemain baru yang dibawa masuk.”

”Mereka mempunyai kualiti yang sangat baik. Saya memandang ke hadapan bagi menghadapi musim baru dan diharapkan akhirnya kami dapat memenangi gelaran juara.”

”Saya rasa perkara penting adalah untuk berjaya dan bagi mencapai kejayaan, anda perlu untuk memenangi beberapa gelaran dan trofi.”

”Saya harap kami mampu untuk menjulang beberapa trofi pada tahun (musim) ini.”

Liverpool hampir melakukannya pada musim 2017/18 selepas berjaya mara hingga ke perlawanan akhir untuk bertemu Real Madrid di Kiev.

Bagaimanapun, Jurgen Klopp dan anak buah terpaksa menelan kekecewaan selepas kecundang 3-1 untuk memberikan kejuaraan ketiga berturut-turut buat gergasi Sepanyol itu.

Dengan kemasukan pemain-pemain baharu di kem Liverpool, persaingan hebat bakal dapat disaksikan yang jelas mampu untuk memberikan kelebihan buat mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN