Cristiano Ronaldo akan menggunakan nombor 7 pada jersi Juventus untuk musim hadapan.
Ronaldo telah diberikan hak istimewa menggunakan nombor tersebut yang sebelum ini merupakan milik pemain Colombia, Juan Cuadrado.
Ronaldo merupakan pemain ke-32 yang menyarung jersi bernombor 7 di Juventus sejak era dominasi 1951.
Dalam tempoh 25 tahun, siapakah pemain Juventus yang pernah menyarung jersi bernombor 7 dan bagaimana nasib mereka bersama pasukan ketika itu? Berikut adalah ulasannya:
1. Angelo Di Livio (1993/94 – 1998/99)
Angelo Di Livio didatangkan ke Juventus dari kelab Serie B, Padova pada tahun 1995.
Sejak awal kedatangannya, Di Livio telah diberikan nombor 7 dalam pasukan.
Sepanjang enam musim bersama Bianconeri, karier pemain tengah ini amat memuaskan.
Walaupun di Livio hanya menjaringkan enam gol dan membuat empat hantaran gol daripada 270 penampilannya bersama Juventus, beliau berjaya membantu kelabnya itu memenangi saingan Serie A, Coppa Italia, Liga Juara-Juara, Piala Super dan Piala Intercontinental.
2. Gianluca Pessotto (1999/00 – 2005/06)
Gianluca Pessotto menyertai Juventus sejak musim 1995/96 ketika kelab itu membelinya dari Torino.
Selama empat musim di Juventus, Pessotto telah menyarung jersi bernombor 17 sebelum nombor tersebut ditukar kepada angka 7 selepas Juventus menjual Di Livio ke Fiorentina pada musim 1990/00.
Nama Pessotto diangkat sebagai salah seorang pemain lagenda di Juventus. Boleh dikatakan beliau merupakan satu-satunya pemain bernombor 7 yang paling berjaya di Juventus.
Pessotto telah tampil sebanyak 366 perlawanan dalam semua pertandingan yang disertainya bersama Juventus.
Beliau juga berjaya membantu Bianconeri memenangi gelaran berprestij seperti Serie A, Liga Juara-Juara dan Coppa Italia.
Pada usia 36 tahun, Pessotto akhirnya memutuskan untuk bersara dari bola sepak dan Juventus menjadi kelab terakhir dalam kariernya
3. Hasan Salihamidžić (2007/08 – 2010/11)
Pada 15 Januari 2007, Salihamidžic telah menandatangani kontrak empat tahun dengan Juventus.
Pemain Yugoslavia ini menyertai Juventus selepas tempoh kontraknya bersama Bayern Munich berakhir pada pertengahan tahun 2006.
Dibawah jurulatih Claudio Ranieri, Salihamidžić merupakan pemain utama dalam pasukan.
Beliau telah berjaya menjaringkan lima gol dengan membuat 30 penampilan pada musim pertamanya di Itali.
Antara gol yang berjaya dihasilkanya ketika menewaskan AC Milan dengan keputusan 3-2 pada 12 April 2008.
Bagaimanapun, musim kedua dan ketiga selepas itu agak kurang baik, Salihamidžić dihantui dengan masalah kecederaan yang sering dialaminya.
Pada musim 2010/11, Luigi Delneri telah dilantik sebagai ketua jurulatih baru menggantikan Claudio Ranieri.
Luigi Delneri tidak mengemari Salihamidžić. Ini jelas terbukti apabila Delneri tidak menyenaraikan Salihamidžić dalam skuad Juventus untuk menghadapi kejohanan Piala Europa pada musim 2010/11
Salihamidžić akhirnya dijual ke VfL Wolfsburg selepas kontraknya tamat pada bulan Jun 2011.
4. Simone Pepe (2011/12 – 2014/15)
Simone Pepe menyertai Juventus dari Udinese pada pertengahan tahun 2010, yuran perpindahan direkodkan sebanyak 7.5 juta Euro dengan penjanjian kontrak selama 5 tahun.
Musim pertama, Pepe diberikan nombor 23 dan , sebelum ditukar kepada nombor 7 pasukan.
Musim pertama dan kedua di Juventus, Pepe berjaya menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.
Namun selepas dari itu, Pepe sering diketepikan dari skuad utama apabila beliau sering mengalami kecederaan.
Lebih malang, setiap kali kecederaan yang dialaminya akan mengambil tempoh masa yang lama untuk kembali pulih sepenuhnya.
Akhirnya, Juventus telah melepaskan Pepe kepada A.C. Chievo Verona secara percuma selepas kontrak bersama pasukan berakhir pada Ogos tahun 2015.
5. Simone Zaza (2015/16 – 2016/17)
Berjaya menunjukkan persembahan epik semasa bersama Sassuolo, membuatkan Juventus berminat untuk mendapatkan khidmat pemain kelahiran Itali ini pada tahun 2015.
Zaza merupakan pemain yang bermain di posisi penyerang telah diberikan nombor 7 bersama pasukan barunya selepas nombor tersebut ditinggalkan oleh Simone Pepe.
Namun, Zaza hanya berpeluang beraksi sebanyak 19 perlawanan sahaja bersama Juventus. Hal ini kerana, Zaza sering mengalami kecederaan serius sehingga menyebabkan beliau terpaksa disisihkan oleh pasukan.
Selain itu, Zaza gagal menambat hati pengurus pasukan, Massimiliano Allegri untuk bersaing merebut tempat uatam dibahagian serangan dengan pemain yang sedia ada seperti Alvaro Morata, Mario Mandžukić, dan Paulo Dybala.
Pengurusan akhirnya memutuskan untuk meminjamkan beliau ke West Ham United selama satu musim.
6. Juan Cuadrado (2016/17 – 2017/18)
Sejak pertama kali menjejak kaki di Juventus sebagai pemain pinjaman, Cuadrado diberikan nombor 16 oleh pihak pengurusan.
Namun, pada tahun 2016, Cuadrado diberikan nombor 7 selepas Juventus melepaskan Simone Zaza secara pinjaman ke West Ham United.
Cuadrado kemudiannya menggunakan nombor tersebut selama dua musim bersama Juventus.
Di awal kemunculannya, Cuadrado telah berjaya mempamerkan prestasi menakjubkan berbanding semasa beliau bersama Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Aksi cemerlang Cuadrado di Itali membuatkan pihak Chelsea sedikit terkesan dan kesal dengan tindakan mereka yang meminjamkan Cuadrado ke Juventus.
Walau bagaimanapun, penampilan Cuadrado di Juventus sedikit tergangu selepas beliau mengalami kecederaan pada penghujung tahun 2017.
Ditambah pula dengan insiden kad merah yang dikenakan keatas beliau pada aksi perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah bertemu Real Madrid, membuatkan nama beliau mula disenaraikan dalam perancangan pengurusan untuk dijual ke kelab lain.
Apabila Juventus secara rasminya menggumumkan kedatangan Cristiano Ronaldo pada tahun ini, Cuadrado dengan rela hati menyerahkan jersi nombor 7 miliknya kepada bintang Portugal itu.
Bercakap dalam satu sidang akhbar, Cuadrado memaklumkan bahawa nombor 7 yang diberikan kepada Ronaldo ialah sebagai tanda menghargai kehadiran pemain itu bersama pasukan mereka.
“Saya dan rakan-rakan amat mengalu-alukan kedatang beliau (Ronaldo) bersama pasukan kami.”
“Ronaldo berhak memiliki nombor asalnya itu.”
“Kami (Juventus) tahu apa yang diwakili sebelum ini menerusi jersinya dan saya tidak mempunyai masalah untuk menyerahkannya.”
Menurut Cuadrado lagi, beliau lebih berminat dengan keupayaan Ronaldo berbanding nombor jersi yang digunakannya sebelum ini.
“Bagi saya, dia akan memberi impak besar kepada Juventus dengan sikapnya yang sering dahagakan kemenangan.” kata Cuadrado.
“Dia antara yang terbaik di dunia dan dengan pengalaman serta apa yang sudah dia capai, dia pasti akan membantu kami”