Lebih Ramai Pemain Tempatan Akan Ikut Jejak Kogileswaran Di Korea Selatan?

Peluang untuk pemain bola sepak Malaysia melonjakkan diri beraksi di luar negara dilihat semakin terbuka luas kini, terutama dalam saingan-saingan liga kompetitif seperti Korea Selatan.

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, pada masa kini lebih ramai ejen-ejen luar negara seperti Korea Selatan yang telah membuka peluang tersebut untuk pemain tempatan beraksi di sana pada masa akan datang.

Saingan K-League sudah pun diakui sebagai antara terbaik di Asia dan telah melahirkan ramai pemain-pemain peringkat dunia kerana kualiti liga mereka yang sangat tinggi.

Menurut Myeongho Jeong selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JMH Sports Agency, beliau menyatakan sebenarnya pemain-pemain Malaysia juga berpotensi untuk beraksi dalam saingan K-League.

Menurut Jeong, ianya bukan sesuatu perkara yang mustahil untuk pemain Malaysia meluaskan lagi perjalanan mereka dalam dunia bola sepak profesional, kerana setiap divisyen untuk saingan K-League dianggap cukup kompetitif.

“Yaa…saya berhasrat untuk membawa pemain Malaysia beraksi di K-League, di mana K-1 (divisyen 1), K-2 (divisyen 2), K-3 (divisyen 3) dan K-4 (divisyen 4) semuanya mempunyai tahap kualiti yang hampir sama.

“Saya akan memantau dan melihat pemain yang sesuai dan tidak mustahil suatu hari nanti akan ada ramai pemain Malaysia di Korea,” katanya ketika ditemui Arena Metro.

Ketika ini, hanya R. Kogileswaran sahaja mencipta rekod sebagai pemain Malaysia pertama yang beraksi di Korea Selatan, selepas bekas tonggak serangan Petaling Jaya City (PJ City) itu dilamar Chungbuk Cheongju dalam saingan K-League 2.

Menerusi perpindahan tersebut, pastinya ia menaikkan lagi motivasi buat para pemain tempatan lain untuk cuba beraksi di Korea Selatan pada masa akan datang.

Sebelum itu, Jeong terlebih dahulu meluaskan empayar beliau di Thailand dengan membawa hampir 200 pemain dari Korea Selatan untuk beraksi dalam saingan Thai League dan cukup dikenali para peminat bola sepak sana.

Malaysia menjadi negara pilihan beliau pada tahun ini untuk bekerjasama buat pertama kali, apabila beberapa pemain dan jurulatih berada bawah agensi Jeong dengan negeri seperti Kelantan, Perak, Sri Pahang, serta Kelantan United.

Dalam misi untuk menaikkan lagi kualiti Liga Malaysia (Liga-M), Jeong menyasarkan lebih ramai pemain Korea Selatan akan menyertai saingan tempatan pada masa hadapan.

“Pemain Korea ramai yang mahu datang ke sini. Di Thailand saja hampir 200 pemain sudah saya bawa.

“Pada saya, pemain Korea mempunyai kepantasan yang boleh membantu pasukan dan sebenarnya permintaan untuk pemain Korea cukup tinggi terutama dari Thailand, Vietnam, Indonesia dan kini Malaysia,” katanya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN