‘0417’ – Penyokong Besiktas Hadiahkan Ribuan Patung Permainan Buat Kanak-Kanak Terjejas Gempa Bumi

Anak Patung Besiktas

Suasana mengharukan berlaku di Stadium Vodafone, Istanbul apabila penyokong Besiktas melontar patung permainan ke dalam padang ketika berdepan Antalyaspor dalam aksi Liga Turki.

Upacara tersebut berlaku selepas perlawanan dihentikan selepas empat minit 17 saat, mengenang kejadian gempa bumi di Turki dan sempadan Syria yang berlaku pada 6 Februari jam 0417 waktu tempatan.

“Penyokong kami telah melontarkan skaf, beret dan pelbagai jenis permainan kanak-kanak ke padang sebagai hadiah buat kanak-kanak yang terjejas dengan gempa bumi bagi menggembirakan mereka,” ujar Beskitas dalam kenyataan rasminya.

Jumlah kematian daripada bencana tersebut telah melebihi 50,000 orang. Salah seorang mangsa adalah penyerang Ghana, Christian Atsu yang dijumpai telah meninggal dunia di bawah runtuhan bangunan 11 hari selepas kejadian.

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 0-0 dan mendapat pujian masyarakat antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN