Kuching City ‘Payung’ Tiket Percuma Tanda Hargai Peminat

Pencabar baharu Liga Super, Kuching City dilihat membuat sesuatu yang agak unik daripada segi pengurusan untuk aksi pertama mereka di laman sendiri Khamis ini.

Buat pertama kali mereka melakar sejarah beraksi di Liga Super, Kuching City jelas mahu menghargai para penyokong yang menjadi salah satu tulang belakang kekuatan kelab tersebut selama ini dalam kancah bola sepak tempatan.

Terbaharu, kelab tersebut akan membenarkan semua penyokong untuk memasuki stadium pada perlawanan Khamis ini dengan percuma sahaja tanpa sebarang bayaran dikenakan.

Ianya disahkan sendiri menerusi media sosial rasmi Kuching City dengan menyatakan ia sebagai tanda tanda kesyukuran serta apresiasi buat penyokong dan peminat bola sepak tempatanz

“Kuching City yang bakal beraksi selaku tuan rumah buat kali pertama bagi perlawanan Liga Super 2023 menentang Selangor pada 2 Mac ingin berkongsi detik-detik hari bersejarah ini dengan para penyokong.

“Kuching City ingin memberikan tiket percuma bagi semua yang ingin hadir ke perlawanan tersebut sebagai tanda kesyukuran dan apresiasi kepada semua penyokong dan peminat sukan bola tempatan,” jelas kenyataan tersebut.

Musim ini pasukan tersebut melakar sejarah tersendiri, setelah buat pertama kali mereka layak secara merit untuk beraksi di saingan Liga Super 2023.

Tahun lalu, ianya menjadi salah satu detik gemilang buat Kuching City dalam saingan Liga Premier setelah mereka menamatkan cabaran di kedudukan ketiga bersama 34 mata diraih kelab tersebut.

Malah, penyerang import mereka iaitu Abu Kamara turut meraih gelaran selaku penjaring terbanyak kelab untuk terus melonjakkan nama pasukan tersebut pada musim lalu.

Gandingan antara Sulaiman Hussin bersama Irfan Bakti Abu Salim jelas mengubah Kuching City untuk tampil lebih konsisten dalam corak permainan.

Hasilnya, Kuching City berjaya menarik lebih ramai para penyokong untuk memberi sorakkan buat mereka pada tahun lalu dan memberi impak positif buat kelab.

Penghargaan dibuat oleh pihak pengurusan ini boleh dianggap sesuatu yang sangat baik, kerana para penyokong pastinya akan mengenang hari bersejarah tersebut sampai bila-bila.

Untuk aksi berdepan Selangor, ianya pasti akan menjadi tugas getir buat mereka dalam usaha untuk mendapatkan mata di laman sendiri kerana lawan juga tampil dengan kekuatan tersendiri.

Namun, berdasarkan motivasi dimiliki Kuching City hasil kemenangan pertama mereka sewaktu berdepan Kelantan di Kota Bharu, pastinya akan memberi persaingan lebih sengit buat Selangor Khamis ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN