Lebih 20 Ribu Desak Ketum PSSI Letak Jawatan Sebab Gagal Tangani Tragedi Kanjuruhan

Walaupun sudah pun seminggu sejak kejadian rusuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia berlaku dengan membabitkan para penyokong dan pihak polis, tragedi itu masih lagi dirasai sehingga kini.

Sehingga kini, pihak terlibat dilihat menuding jari antara satu sama lain untuk meletakkan segala punca mengapa tragedi tersebut berlaku dan ia turut membabitkan pemimpin-pemimpin di Indonesia.

Terbaharu, satu petisyen telah dibuat menerusi laman web Change.org yang meminta agar Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Mochamad Iriawan agar meletak jawatan.

Sehingga kini, lebih daripada 20 ribu orang sudah pun menandatangani petisyen tersebut kerana menganggap Iriawan gagal mengawal keadaaan dengan lebih baik.

Sekelompok besar masyarakat jelas tidak berpuas hati dengan tindakan Iriawan sehingga kini yang dilihat kurang berkesan serta tidak bertanggungjawab sepenuhnya dengan tragedi tersebut sehingga keadaan menjadi agak buruk.

Tragedi yang berlaku selepas wisel perlawanan membabitkan pertemuan antara Arema FC dan Persebaya Surabaya itu nyata meninggalkan titik hitam buat bola sepak di Indonesia.

Petisyen itu mula dilancarkan pada Rabu lalu dengan bertajuk ‘Tragedi Kanjuruhan, Desak Ketua Umum dan Pengurus PSSI Mengundurkan Diri’.

“Kami juga meminta agar Ketua Umum dan semua pengurusan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) agar berundur dari jabatan masing-masing.

“Perkara ini dilihat perlu dibuat mereka sebagai rasa tanggungjawab serta rasa hormat kepada korban tragedi itu yang berlaku di Stadium Kanjuruhan,” jelas Suharti Ete yang merupakan individu mencipta petisyen ini.

Iriawan yang mengetahui mengenai petisyen ini jelas tidak melatah dan menerimanya dengan tenang sambil menyatakan beliau juga mempunyai alasan tersendiri.

“Saya tidak ada komen mengenai hal ini. Cuba tanya kepada yang mencipta petisyen ini, adakah mereka tahu mengenai peraturan lebih jelas? Jika belum sila rujuk dahulu.

“Ini adalah tanggungjawab sebenar saya hingga kini. Kerja saya ketika ini adalah untuk menyelesaikan isu korban tragedi ini, terus memantau lokasi kejadian, dan segala yang berkaitan.

“Saya berikan segalanya diperlukan sebagai seorang pemimpin disini, dan itulah sifat mengambil tanggungjawab sebenarnya,” terang Iriawan menerusi CNN Indonesia.

Untuk rekod telah dikeluarkan pihak polis mengenai jumlah mangsa korban tragedi tersebut, ianya telah mencatat jumlah seramai 131 orang sekurang-kurangnya.

Jumlah korban mula meningkat setelah mangsa mengalami sesak nafas setelah dipijak orang ramai yang berasak untuk keluar dari stadium serta terkena gas pemedih mata yang dilancarkan oleh pihak berkuasa.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN