Ini Sebab Liverpool Tak Ada Peluang Tandatangani Jude Bellingham

Seperti diketahui umum, Jude Bellingham ketika ini merupakan salah seorang pemain tengah yang menyerlah bersama Borussia Dortmund menerusi aksinya yang sangat berkualiti.

Menerusi aksinya itu jelas menjadikan Bellingham sebagai sasaran pasukan-pasukan elit lain yang ingin mendapatkan khidmat beliau termasuk Liverpool.

Menurut Pengerusi Peterborough United yang juga merupakan salah seorang peminat setia Liverpool iaitu Darragh MacAnthony, beliau menyatakan pasukan kendalian Jurgen Klopp itu mempunyai peluang agak kecil untuk mendapatkan Bellingham.

Kisah perpindahan membabitkan Bellingham dan Liverpool ini bukan lagi suatu perkara baharu apabila Klopp sebelum itu jelas menyuarakan minat beliau mengenai pemain kebangsaan England tersebut.

MacAnthony percaya dengan perancangan yang sedang dibuat Liverpool untuk mendapatkan khidmat Bellingham mungkin tidak akan berhasil.

Bellingham sudah pun dikaitkan bersama Liverpool sejak beberapa tahun lalu setelah pemain tersebut meninggalkan Birmingham City untuk menyertai Borussia Dortmund.

Ketika ini, Liverpool sedang mengalami krisis di posisi tengah menerusi pemain mereka seperti James Milner, Alex Oxlade-Chamberlain, serta Naby Keita yang akan tamat kontrak tidak lama lagi.

Sementara itu, Jordan Henderson dan Thiago Alcantara pula sudah pun melepasi umur 30 tahun serta Fabio Carvalho bersama Harvey Elliot masih belum cukup dari segi pengalaman.

Khabar angin juga menyatakan pemain tonggak England itu juga agak tinggi nilai perpindahannya dan berpotensi meningkat sehingga mencecah £100 juta bersama beberapa klausa.

“Adakah semua orang menganggap serius mengenai Liverpool bakal mendapatkan khidmat Jude Bellingham?

“Jika dilihat pada situasi semasa, pasukan seperti Chelsea, Manchester City, dan Real Madrid sangat kaya ketika ini.

“Jadi anda masih beranggapan Bellingham masih akan menyertai Liverpool? Jangan buang masa untuk memikirkan perkara yang takkan mungkin berlaku itu.

“Budak itu rasanya mungkin akan menyertai Manchester City. Mereka akan menjual Bernardo Silva kepada Barcelona, seterusnya melepaskan Gundogan ke Jerman dan membuat keuntungan yang banyak,” jelas MacAnthony menerusi Sport Bible.

Jika Bellingham menyertai City, maka beliau akan kembali berpasangan bersama bekas rakan sepasukan sebelum ini iaitu Erling Haaland.

Haaland ketika ini berjaya memberi kesan yang sangat positif bersama City menerusi ketajaman beliau mencatat tiga kali hatrik pada awal musim dalam saingan EPL.

Penyerang Norway itu juga sudah pun mencatat 19 gol keseluruhan ketika ini dalam 12 perlawanan dihadapi Haaland bersama City.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN