Arsenal turun dengan kesebelasan lemah (weak squad) dalam perlawanan ini kerana merehatkan beberapa nama besar untuk perlawanan UEL.
Ini adalah lawatan terakhir Arsene Wenger ke Old Trafford sebagai pengurus Arsenal. Dan beliau diberikan salam perpisahan yang disampaikan oleh Sir Alex Ferguson dan Jose Mourinho.
https://twitter.com/Sporf/status/990624283536879623
Manchester United di hadapan menerusi jaringan Paul Pogba pada minit ke-16. Berpunca daripada kesilapan Arsenal terlepas bola di tengah. Lukaku menghantar kepada Sanchez.
Tandukan Sanchez dihadang Bellerin dan terkena tiang. Pogba melakukan tindakan susulan.
Perlawanan kemudian agak seimbang. Pemain-pemain muda Arsenal ternyata menunjukkan karakter yang baik dalam perlawanan ini dengan mencipta beberapa peluang namun tiada penyudah.
Bersambung babak kedua, bekas pemain Manchester United, Henrik Mkhitaryan menjaringkan gol penyamaan. Beliau mengangkat tangan, tidak meraikan gol tersebut. Kesilapan daripada Man. United yang hilang bola di kawasan sendiri.
Mkhitaryan ternyata dalam prestasi terbaik di dalam perlawanan ini. Menjadi ancaman United dalam beberapa keadaan.
Mourinho menukar taktikal dengan memasukkan Fellaini untuk membolehkan mereka lebih fizikal di zon serangan.
Fellaini menjadi hero Manchester United untuk memastikan kemenangan kepada United pada masa kecederaan. Manchester United menang 2-1.
Kemenangan ini bermakna Manchester United rasmi sudah mendapat 4 teratas ataupun slot ke UCL musim hadapan.
Arsenal terus dirundung prestasi hambar di tempat lawan dalam EPL musim ini. Ia kekalahan ke-10 mereka di tempat lawan musim ini di tempat lawan.
Old Trafford mengucapkan selamat tinggal kepada Arsene Wenger!