Hatrik Messi Pintas Salah, Nafikan Kebangkitan Deportivo La Caruna

Ianya memerlukan konsistensi yang berpanjangan untuk diiktiraf sebagai pemain terbaik dunia seperti Lionel Messi.

Penyerang sensasi Barcelona itu mencipta satu rekod baharu apabila menjadi pemain pertama menjaringkan lebih dari 30 gol semusim untuk musim ketujuh di La Liga.

Dan Messi melakukannya dengan penuh bergaya apabila menjaringkan hatrik untuk membenam Deportivo La Coruna di Estadio Municupal de Riazor 4-2.

(Photo by David S. Bustamante/Soccrates/Getty Images)

Penyerang antarabangsa Argentina itu menjaringkan gol ke-30 untuk musim ini pada minit ke-38 apabila melakukan volley rendah setelah menerima hantaran lintang Luis Suarez ke arah far post.

Gol tersebut meletakkan Barca 2-0 di hadapan setelah Philippe Coutinho terlebih dahulu meletakkan gergasi Catalan itu di hadapan seawal minit ke-7 perlawanan.

Namun demikian, dua gol masing-masing oleh Lucas Perez dan Emre Colak pada setiap babak perlawanan membenarkan Deportivo bangkit mengikat kedudukan.

Diiringi sokongan 25,721 penyokong di halaman sendiri, momentum perlawanan seolah-olah memihak kepada Deportivo untuk menamatkan rekod tanpa kalah Barcelona pada musim ini.

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Namun demikian, Messi mempunyai idea beliau tersendiri. Berbaki lapan minit masa sebenar, Messi meletakkan Barcelona kembali di hadapan, apabila sekali lagi bergandingan dengan Suarez untuk gol kedua peribadi yang meletakkan Barcelona 3-2 di hadapan.

Suarez terus cemerlang di dalam perlawanan ini apabila menghasilkan bantuan gol ketiga untuk melengkapkan hatrik Messi pada minit ke-87 perlawanan, sekaligus menafikan kebangkitan Deportivo dengan kemenangan 4-2.

Jaringan hatrik oleh Messi turut meletakkan dirinya berada di hadapan penyerang Liverpool, Mohamed Salah untuk anugerah kasut emas eropah.

(Photo by David S. Bustamante/Soccrates/Getty Images)

Messi telah mengumpul 32 jaringan La Liga setakat ini, manakala Salah dengan 31 gol.

Pertama kali Messi meledak lebih daripada 30 gol dalam tempoh semusim untuk Barcelona di La Liga ialah pada musim 2009/10. Beliau mengulangi pencapaian yang sama pada tiga musim berikutnya.

Pada musim 2011/12, Messi menjaringkan 50 gol di La Liga dan hampir mengulangi jumlah yang sama pada musim berikutnya dengan jumlah terkumpul 46 gol pada 2012/13.

Musim 2013/14, Messi gagal mencapai jumlah 30 gol semusim namun kembali menunjukkan kehebatannya dengan 43 gol pada 2014/15 di dalam 38 penampilan La Liga.

(Photo by David S. Bustamante/Soccrates/Getty Images)

Musim lalu, penyerang berusia 30 tahun ini menjaringkan 37 gol dari 32 penampilan, dan hatrik menentang Deportivo ini, memastikan Messi sekali lagi mencapai aras 30 gol dengan jumlah terkumpul 32 gol setakat ini.

Messi mampu menambah jumlah gol tersebut di dalam baki 4 perlawanan yang masih perlu diharungi oleh Barcelona untuk menamatkan musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN