Penjaga gol merupakan benteng terakhir dalam bola sepak. Dalam bola sepak moden, penjaga gol merupakan aset penting.
Ketangkasan mereka mampu memisahkan sesebuah pasukan dari kemenangan dan kekalahan, dan kesilapan mereka mampu menjauhkan sesebuah pasukan dari menjadi juara atau tidak.
Tetapi bagaimana seorang penjaga gol itu dilatih?
Kami bawakan cara bagaimana 3 penjaga gol England iaitu Fraser Forster, Joe Hart dan Tom Heaton dilatih oleh barisan kejurulatihan skuad kebangsaan mereka.
Ia merangkumi latihan untuk menyelamatkan 3 percubaan berturut-turut (triple shot stop) dan juga latihan merebahkan badan (diving saves).
Anda pernah merasai latihan sebagai penjaga gol? kongsikan pengalaman anda dengan kami!