Kesilapan Shahrom Kalam Hantui Perak Lagi, Diikat FELDA United 1-1 Di Jengka

Perlawanan FELDA United vs Perak dilangsungkan di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka yang menyaksikan kedua-dua pasukan merupakan pasukan yang cukup berprestasi baik ketika ini.

Percubaan pertama milik pasukan Perak apabila Yashir Pinto mempunyai peluang merembat dari luar kotak penalti namun sipi dari gol.

Gilmar Da Silva juga tidak ketinggalan mencuba dari luar kotak penalti namun percubaan lemahnya terus ke Farizal Harun.

Sepakan percuma Nazrin Nawi tidak menepati sasaran apabila tinggi melewati palang gol.

FELDA United juga cuba masuk dalam kotak penalti namun usaha dari Thiago Augusto yang cukup bergaya tidak memberi apa-apa bahaya kepada pasukan Perak.

Selepas 15 minit perlawanan, perlawanan ini tampak seimbang walaupun pada mulanya Perak banyak melakukan serangan ke pintu gol tuan rumah.

Percubaan voli dari Curran Ferns cukup kemas dari luar kotak penalti, namun ia terus ke Hafizul Hakim.

Percubaan dari Augusto tersasar dari sasaran apabila percubaan dari sebelah kiri gol Perak tidak membuahkan hasil.

Sepakan percuma Wan Zack Haikal dari jarak dekat terkena benteng Perak dan mudah dikeluarkan pihak lawan.

HAMPIR! Hantaran Zah Rahan berjaya memerangkap pertahanan Perak apabila Augusto berjaya lepas dan melakukan tandukan namun ia terkena Hafizul dan keluar untuk sepakan penjuru.

Tuan rumah mahukan penalti namun ia tidak diendahkan pengadil.

Wan Zack nyata merupakan pemain FELDA United paling bahaya malam ini apabila beliau sering dikasari pemain pertahanan Perak di hadapan kotak penalti mereka.

Shahrom Kalam ‘mangsa’ pertama pengadil apabila memperoleh kad kuning pertama malam ini.

Tandukan dari Dino Djulbic berbahaya kepada pertahanan Perak namun ia terus ke Hafizul.

Ifadeyo Patrick mempunyai peluang menjaringkan gol namun rembatan beliau terus ke Hafizul.

Yashir Pinto hampir menjaringkan gol untuk Perak namun rembatan beliau tidak berjaya menghasilkan bahaya kepada FELDA United.

Separuh masa pertama tamat dengan kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol walaupun terdapat beberapa percubaan dari kedua-dua pasukan.

Separuh masa kedua

Separuh masa kedua bermula dengan Augusto hampir menjaringkan selepas menerima hantaran baik tetapi rembatan separuh voli beliau tidak menepati sasaran.

Gilmar Da Silva juga mahu menjaringkan gol apabila rembatan dari jarak 30 meter beliau tidak berjaya menepati sasaran.

HAMPIR! Ifedayo terlepas peluang untuk menjaringkan gol selepas Hafizul sudah pun tertewas. Tandukan beliau melewati palang gol!

Percubaan dari Yashir untuk mengambil kesempatan diatas hilangnya Farizal dari posisinya tidak berhasil apabila percubaan pemain itu terkena sisi jaring.

Selepas sejam perlawanan berlangsung, masih lagi tiada jaringan yang berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan.

Gambar: Perak TBG

GOL! Shahrul Saad meletakkan Perak dihadapan selepas tandukan silang beliau berjaya mematikan langkah Farizal dan ia memberikan pendahuluan kepada Perak!

GOL! FELDA United menjaringkan gol penyamaan seminit selepas gol pembukaan Perak apabila kesilapan Shahrom Kalam mudah dibaca oleh Zah Rahan.

Zah Rahan merampas bola dan terus memecut ke pintu gol Perak untuk menyamakan kedudukan 1-1!

TIANG! Peluang Perak untuk kembali mendahului dinafikan tiang apabila tandukan pemain Perak hanya singgah di tiang sahaja.

FELDA United terus melakukan serangan balas pantas namun ia tidak berjaya menghasilkan gol.

HAMPIR LAGI! Percubaan Nasir Basharuddin yang cukup bergaya berjaya mematikan langkah Farizal tetapi rembatan beliau sipi sahaja dari menerjah jaring.

Percubaan Norshahrul Idlan Talaha hampir memberikan gol kepada FELDA United namun itu tidak memberikan hasil.

Secara keseluruhannya, kedua-dua pasukan berhak diberikan pujian kerana mereka tidak berhenti cuba untuk mencari gol walaupun memasuki penghujung permainan.

Tamat perlawanan, FELDA United 1-1 Perak.

Kesebelasan utama

FELDA United: Farizal Harun (penjaga gol), Shukor Adan (ketua pasukan), Amirul Afiq, K. Prabakaran (Aizulridzwan Razali), Dino Djulbic, Stuart Wark, Curran Ferns (Norshahrul Idlan Talaha), Zah Rahan, Wan Zack Haikal, Ifadeyo Patrick, Thiago Augusto

Perak: Hafizul Hakim (penjaga gol), Shahrom Kalam (ketua pasukan), Thiago Aquino, Amirul Azhan, Nazirul Naim, Nasir Basharuddin, Leandro Dos Santos, Shahrul Saad, Nazrin Nawi (Kenny Pallraj), Yashir Pinto (Hadi Yahya), Gilmar Da Silva

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN