Rasmi: Conte Melanjutkan Kontrak Dengan Chelsea, Bawa 2 Tenaga Baru Dari Itali

Antonio Conte akhirnya bersetuju melanjutkan kontrak 2 tahun lagi bersama juara England, Chelsea. Pengumuman rasmi itu dibuat semalam, sebelum pasukan Chelsea berangkat ke Singapura.

Mereka akan berada di Singapura sempena jelajah pra musim. Di sana mereka akan berhadapan dengan Arsenal, Bayern Munich dam Inter Milan.

Antonio Conte gembira dengan berkata: “Saya gembira berjaya memuktamadkan kontrak baru dengan Chelsea. Kami berusaha dengan keras sekali pada musim pertama, dan saya berbangga dengan pencapaian hebat kami.”

“Sekarang kami harus bekerja lebih kuat lagi untuk kekal di atas. Penyokong Chelsea banyak memberikan saya sokongan sejak saya tiba di sini setahun yang lalu. Apa yang penting sekarang adalah untuk meneruskan kejayaan bersama-sama.”

Pengarah kelab, Marina Granovskaia berkata: “Antonio berjaya mencapai kejayaan hebat musim lalu, menyesuaikan diri dengan bola sepak Inggeris cepat sekali dan membantu kita menjuarai EPL.”

“Kontrak baru ini adalah refleksi kepada kepercayaan kami yang beliau akan beterusan memberikan keputusan di peringkat domestik dan UCL.”

Antara pencapaian luar biasa Conte musim hadapan adalah berjaya membangkitkan Chelsea dengan 13 kemenangan berturut-turut. Chelsea turut merekodkan 30 kemenangan dalam satu musim.

Chelsea juga bersetuju untuk membenarkan Conte membawa masuk 2 lagi tenaga kejurulatihan dari Itali. Paolo Vanoli akan menjadi pembantu dalam pasukan utama. Manakala Davide Mazzotta akan menjadi pembantu merangkap penganalisis prestasi pemain.

Sumber

Chelsea – http://www.chelseafc.com/news/latest-news/2017/07/conte-signs-new-contract.html?extcmp=SOCIA_TW_ENG_STATEMENT

Leave a Reply