Bekas bintang Premier League, Gabriel Agbonlahor percaya yang Fabinho merupakan titik terlemah di posisi midfield Liverpool ketika aksi pertemuan bertemu Manchester City hujung minggu lalu.
The Reds dua kali ketinggalan dalam perlawanan tersebut namun mujur saja mereka berjaya mengikat Man City 2-2 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Etihad itu.
Keputusan seri antara dua pendahulu saingan liga itu menyebabkan kedua-dua pasukan masih lagi sedang saling kejar mengejar untuk merebut gelaran Premier League musim ini.
Agbonlahor destroys Liverpool star Fabinho – 'My Dad moves quicker' https://t.co/P0kDoaf2LO
— LFC Fans (@LFC___Fans) April 13, 2022
Liverpool kini hanya satu mata sahaja dibelakang Manchester City dan tentunya mereka sangat berharap skuad kendalian Pep Guardiola itu akan keciciran mata selepas ini.
Posisi midfield Liverpool terlalu mudah dilepasi dalam perlawanan tersebut dan mujur sahaja back four mereka cemerlang mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan.
Gabriel Agbonlahor menjelaskan yang Manchester City merupakan pasukan yang lebih baik dalam perlawanan tersebut, dengan pemain midfield The Reds dianggap beraksi hambar.
All the action from today's thrilling @PremierLeague meeting at the Etihad 🎥 pic.twitter.com/nQelKmj6w2
— Liverpool FC (@LFC) April 10, 2022
Bercakap kepada Football Insider, Gabriel Agbonlahor mendedahkan bahawa:
“Bagi saya, Man City merupakan pasukan yang lebih bagus. Mereka ada beberapa kali melakukan kesilapan. Kyle Walker pemain back kanan yang menakjubkan tapi mungkin dia akan tendang diri sendiri ketika dia melihat kesilapan dia yang membenarkan Mane menjaringkan gol.”
Bekas pemain kebangsaan England itu kemudiannya mengkritik persembahan Fabinho dalam perlawanan tersebut dengan menyatakan:
“Midfield Liverpool sangat teruk, mereka tak berfungsi. Fabinho berlari macam bapak saya di tengah padang. Saya tak pernah melihat hal seperti itu. Saya fikir dia lebih mobile tapi dia nampak penat dan tak bermaya. Dia buatkan posisi midfield lemah.”
Gabriel Agbonlahor kemudiannya menyatakan:
“Henderson buat yang terbaik tapi dia tak begitu terlibat dalam perlawanan ini. Thiago berjaya melakukan beberapa hantaran cantik tapi dia tak begitu mobile. Matip juga bagus tapi dia sendiri nampak macam tak boleh berlari. Pertahanan Liverpool nampak sangat, sangat terbuka.”
Pertahanan Liverpool pada musim ini sebenarnya nampak sedikit longlai dan corak permainan high line yang mereka terapkan juga sepertinya tak begitu membantu.
Gabriel Agbonlahor makes Mohamed Salah wage claim and predicts 'big problems' at Liverpool: https://t.co/Lvzupcaws3
— LFC News (@LFCNewsApp) April 13, 2022
Kehadiran Thiago Alcantara banyak membantu Liverpool untuk kekalkan penguasaan bola dan membuka ruang untuk attacking third melancarkan serangan.
Namun satu hal yang pasti, beliau tidak mempunyai apa yang sering diberikan oleh Gini Wijnaldum ketika kariernya bersama Liverpool sebelum ini.
Liverpool berjaya memperbaiki beberapa posisi pada musim ini, namun di posisi midfield mereka jelas sekali perlu bekerja lebih keras lagi.
Walau bagaimanapun, harus diakui juga yang gandingan Kevin De Bruyne, Rodri dan Bernardo Silva sememangnya akan sentiasa berjaya membuatkan pemain lawan nampak teruk.
Komen Agbonlahor boleh dianggap sedikit kejam apa lagi memikirkan yang Fabinho sebenarnya telah bermain lebih banyak perlawanan sepanjang musim ini kerana The Reds masih ada dalam semua pertandingan.
Pemain kebangsaan Brazil itu merupakan nadi penting Liverpool dan jelas sekali beliau pemain harapan yang akan membantu kelab memburu gelaran quadruple musim ini.
Your tweet was quoted in an article by Sportskeeda https://t.co/BEc1XgFTeM
— Recite Social (@ReciteSocial) April 9, 2022
Liverpool pada awal pagi nanti akan turun bertemu Benfica dalam aksi leg kedua di peringkat suku akhir saingan Champions League.
Untuk memastikan harapan mereka memenangi gelaran quadruple tercapai, The Reds jelas sekali perlu mencatat kemenangan bertemu Benfica awal pagi nanti dan melayakan diri mereka ke peringkat separuh akhir.