“UEFA FARMERS LEAGUE” – Villareal Muat Naik Mesej Sinis Sindir ‘Haters’ Selepas Singkir Bayern Munich

Villarreal tidak teragak-agak menyindir dengan sinis pihak yang melabel La Liga sebegai ‘Farmers League’ selepas kelab itu menyingkirkan Bayern Munich di suku akhir UEFA Champions League (UCL) – sekali gus mara ke separuh akhir pertandingan tersebut.

Semua perbincangan pada minggu lalu terarah kepada Premier League sebagai liga bola sepak terbaik dunia.

Premier League terbaik dunia?

Apatah lagi pertemuan pada hujung minggu lalu di antara Manchester City dan Liverpool – dua pasukan teratas Premier League – yang dianggap sebagai dua kelab terbaik dunia.

Perlawanan di antara City dan Liverpool pada hujung minggu lalu memang tidak mengecewakan bagi yang neutral – dengan persembahan bola sepak terbaik yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.

Tetapi reputasi Premier League sedikit tercalar apabila Chelsea disingkirkan oleh sebuah lagi wakil dari La Liga, Real Madrid di pertandingan elit kelab eropah itu pada awal pagi tadi.

Juara bertahan itu bukan satu-satunya kelab utama eropah yang menanggung duka kekalahan di pertandingan tersebut pada musim ini selepas Villareal turut mengejutkan jaguh Bundesliga, Bayern Munich.

Pada musim-musim sebelum ini, kelab dari Sepanyol seperti hilang sengat di dalam pertandingan tersebut terutamanya selepas kehilangan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

La Liga kemudiannya turut dilabel ‘Farmers League’ kerana kurang kompetitif dan hanya pasukan tertentu seperti Real Madrid, Barcelona dan Atletico Madrid bersaing sesama sendiri untuk kejuaraan domestik.

Villareal guna media sosial

Selepas kejayaan mara ke separuh akhir UCL pada awal pagi tadi, Villareal tidak membuang masa menggunakan media sosial mereka untuk memuat naik mesej sinis untuk mereka yang memandang rendah kemampuan kelab dari La Liga.

“Selamat datang ke UEFA FARMERS LEAGUE #UCL”, tulis kelab itu di media sosial bersama gambar seorang petani di atas sebuah jentera pertanian. Muat naik itu jelas ditujukan kepada ‘haters’ dan mereka yang sering mempersoalkan kemampuan kelab dari Sepanyol di pertandingan UCL.

Skuad kendalian Unai Emery sememangnya dikenali dengan kemampuan mereka melakukan kejutan di dalam pertandingan Eropah.

Musim 2010/11 menyaksikan Villareal kendalian Emery menewaskan Manchester United di perlawanan akhir UEFA Europa League melalui penentuan sepakan penalti yang mendebarkan.

Tatkala Villareal meneruskan rentak cemerlang mereka di pentas eropah pada musim ini, wakil Inggeris yang gah dengan 20 gelaran Premier League itu seolah-olah hilang arah pada hari ini.

Antara keputusan mengkagumkan yang diraih Villareal sehingga mampu mara ke separuh akhir UCL pada musim ini ialah apabila menewaskan Juventus 3-0 dalam perlawanan timbal balik di pusingan 16 pasukan terbaik – semua jaringan dihasilkan pada 12 minit terakhir perlawanan.

Sekali lagi Villareal mencipta kejutan di suku akhir apabila giliran Bayern Munich menerima nasib yang sama.

Gol tunggal Arnaut Danjuma daripada perlawanan pertama di El Madrigal pada minggi lalu memberikan peluang kepada Villareal menuju perlawanan yang berlangsung pada awal pagi tadi.

Robert Lewandowski bagaimanapun berjaya mengikat kedudukan secara agregat untuk Bayern pada babak kedua perlawanan timbal balik, sebelum sentuhan Samuel Chukwueze memastikan kemaraan The Yellow Submarines empat minit sebelum perlawanan tamat.

Separuh akhir UCL pada musim ini berpotensi melihat sekurang-kurangnya dua wakil dari Sepanyol. La Liga akan memiliki tiga pasukan di peringkat separuh akhir sekiranya Atletico Madrid berjaya menukar defisit ketinggalan 0-1 dan menyingkirkan saingan Manchester City.

Villareal berpotensi bertemu Liverpool di peringkat seterusnya, dan ia adalah ujian sebenar status La Liga sebagai ‘farmers league’.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN