Tuchel Kecewa Lihat Pengadil Terbahak-Bahak Ketawa Dengan Ancelotti Selepas Tamat Perlawanan

Thomas Tuchel Chelsea

Ada dua sebab utama mengapa Thomas Tuchel begitu marah terhadap pengadil, Szymon Marciniak selepas Chelsea tewas kepada Real Madrid dalam perlawanan peringkat suku akhir pada awal pagi tadi.

Pertama, ia kerana VAR menafikan gol jaringan Marcos Alonso kerana bola didakwa terlebih dahulu terkena tangan.

Marciniak kemudiannya terus membatalkan gol tersebut tanpa melihat sendiri dakwaan tersebut tanpa melihat kembali ulang tayang di kawasan teknikal VAR yang disediakan di tepi padang.

Pengadil bermesra dengan Ancelotti

Kedua, Tuchel juga tidak senang dengan karenah pengadil yang bergelak ketawa bersama penurus Real Madrid, Carlo Ancelotti selepas wisel penamat ditiup.

“Saya sangat kecewa kerana pengadil nampaknya melalui momen yang indah bersama rakan sejawat, Carlo Ancelotti,” kata beliau selepas perlawanan.

“Saya tahu Carlo [Ancelotti] adalah seorang yang baik. Tetapi apabila saya datang untuk mengucapkan terima kasih kepada pengadil, saya melihat beliau ketawa terbahak-bahak bersama jurulatih pasukan lawan.

“Saya berpendapat perkara ini tidak kena pada waktunya – selepas melalui 120 minit perlawanan – di mana satu pasukan memberikan segala-galanya berjuang sehingga ke saat akhir.

“Kemudian anda melihat pengadil senyum dan ketawa bersama jurulatih lain. Saya berpendapat situasi itu tidak kena pada waktunya untuk berlaku. Saya telah terangkan kepadanya [pengadil] mengenai perkara ini.”

Gol Alonso yang dibatalkan

Dalam perlawanan tersebut Alonso menyaksikan keraian golnya hanya berakhir dengan kekecewaan selepas menyangka jaringannya memberikan kedudukan selesa 3-0 kepada Chelsea.

Tuchel jelas kecewa kerana Marciniak tidak menilai sendiri gol dan insiden yang berlaku.

“Apabila anda beraksi menentang pasukan seperti Real Madrid, adakalanya tidak semua orang [pengadil] punyai keberanian yang diharapkan.

“Saya berpendapat terdapat keputusan yang boleh dipersoalkan [daripada pengadil] dalam kedua-dua perlawanan [perlawanan pertama dan timbal balik].

“Saya tidak melihat jaringan tersebut, tetapi saya berkata kepadanya saya kecewa kerana tidak menyemak sendiri dakwaan tersebut [terkena tangan].

“Dalam perlawanan sengit sebegini, anda [pengadil] harus menjadi boss dan tidak membenarkan keputusan dilakukan sewenang-wenangnya oleh mereka yang hanya duduk di kerusi, dan tidak merasai sendiri atmosfera perlawanan.

“Pengadil ini ada gaya tersendiri – ada perkara beliau benarkan dan tidak benarkan dan beliau hanya mengikuti panduan tersebut. Pada pendapat saya beliau sepatutnya mengawal setiap aspek perlawanan, dan sudah tentu beliau mempunyai penjelasan yang lebih baik,” tambah Tuchel lagi.

Tidak terkecuali daripada kecaman Tuchel ialah tempoh masa tambahan yang dibetikan pada babak akhir perlawanan.

Tuchel mendakwa perlawanan sepatutnya diberikan lebih masa pada babak kedua masa tambahan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN