Aguero Saran Man City Waspada 3 Ancaman Ini Dari Liverpool

Sergio Aguero telah memilih Mohamed Salah, Sadio Mane dan Luis Diaz sebagai tiga ancaman utama Liverpool yang perlu Manchester City waspada menjelang pertemuan kedua-dua pasukan malam ini.

Legenda kelab itu menganggap tiga pemain yang disebutkan di atas bakal memberi masalah besar kepada Man City dalam perlawanan pada hari ini.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu bakal melayan kunjungan Liverpool ke bumi Etihad untuk aksi dalam saingan Premier League.

Kedua-dua pasukan pada ketika ini hanya dipisahkan dengan satu mata sahaja dengan perlawanan ini juga dianggap sebagai penentu siapa bakal menjuarai saingan musim ini.

Bercakap tentang perlawanan pada malam ini, Aguero telah memberi amaran kepada Manchester City tentang ancaman yang perlu mereka waspada.

Gandingan tiga serangkai Mohamed Salah, Sadio Mane dan Luis Diaz dianggap bakal memberi masalah kepada Manchester City dan Aguero percaya bekas kelabnya itu perlu beri perhatian kepada hal tersebut.

Legenda Manchester City itu percaya Jurgen Klopp akan bergantung kepada trio tersebut untuk membantu pasukan pelawat mendapatkan keputusan terbaik.

Bercakap kepada Stake menurut Manchester Evening News, Aguero menyatakan bahawa:

“Liverpool akan mencari Mohamed Salah, Sadio Mane dan Luis Diaz, yang mana beliau telah mempamerkan aksi persembahan sungguh menakjubkan sejak beliau ditandatangani dari Porto untuk meledak gol.”

Salah pada ketika ini sedang mendahului carta penjaring terbanyak dalam saingan Premier League dengan beliau sudah berjaya menjaringkan 20 gol dari 28 perlawanan.

Walau bagaimanapun, pemain kebangsaan Mesir itu hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja dari enam penampilan terakhirnya bersama Liverpool dalam semua pertandingan.

Mane sementara itu tidak dinafikan lagi sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini dengan beliau sudah berjaya menjaringkan 15 gol dari 38 perlawanan untuk Liverpool.

Keyakinan pemain berusia 30 tahun itu juga semakin meningkat pada ketika ini selepas kejayaan beliau membawa skuad kebangsaan Senegal untuk layak ke Piala Dunia Qatar.

Luis Diaz tidak dinafikan lagi sememangnya telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan sejak dari awal ketibaannya ke bumi Anfield.

Pemain berusia 25 tahun itu telah berjaya menjaringkan 3 gol dari 13 penampilan untuk skuad Liverpool sejak ditandatangani pada Januari lalu.

Nilai £50 juta yang Liverpool bayar untuk dapatkan khidmat beliau sepertinya sangat berbaloi selepas melihat apa yang beliau sumbangkan.

Walau bagaimanapun, masih belum jelas sama ada beliau akan diturunkan atau tidak sebagai pemain utama dalam aksi bertemu Manchester City pada malam ini.

Aguero menganggap Liverpool bertemu City merupakan ‘game of moments’

Aguero percaya pertembungan antara Liverpool bertemu Manchester City merupakan ‘game of moments’ yang mana beliau percaya pasukan mana yang dapat miliki ‘moment’ sendiri mereka yang bakal mencatat kemenangan.

Beliau juga sangat berharap agar Kevin De Bruyne dan Phil Foden akan mampu untuk berada di tahap persembahan terbaik mereka dalam perlawanan ini.

“Perlawanan ini kebiasaannya tentang ‘moment’ dan Manchester City akan berharap agar Foden dan De Bruyne akan beraksi cemerlang.”

De Bruyne dan Foden merupakan pemain terpenting ketika membantu Man City menewaskan Atletico Madrid di Etihad minggu lalu.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1512877560039985157?t=LIdivefbydcXy1ViYO0NGQ&s=19

Kedua-dua pemain itu juga berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol ketika aksi terikat 2-2 bertemu Liverpool di Anfield pada awal musim lalu.

Duo tersebut sangat berharap mereka akan mampu lakukan sesuatu dalam membantu Manchester City untuk mencatat kemenangan di halaman sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN