“Tak Pernah Membosankan” – De Bruyne Teruja Menanti Pertembungan Liverpool Dan Man City

Pemain midfield Manchester City, Kevin De Bruyne percaya yang beliau tak pernah rasa bosan ketika beraksi bertemu pasukan seterunya, Liverpool.

Kedua-dua pasukan telah berkongsi empat gelaran Premier League sejak empat musim terakhir ini, dengan Man City memenangi tiga, sementara Liverpool memenangi satu darinya.

Kedua-dua pasukan sekali lagi terlibat dengan persaingan yang sangat sengit pada musim ini dengan Man City sedang mendahului carta saingan Premier League dengan kelebihan satu mata.

Berbaki lapan perlawanan, perbezaan satu mata sebenarnya sangat tipis dan segalanya boleh berlaku menjelang berakhirnya saingan musim ini.

Manchester City dan Liverpool akan berdepan antara satu sama lain pada hujung minggu ini, dan perlawanan tersebut jelas sekali bakal jadi penentu siapa bakal berpotensi untuk menjulang gelaran liga musim ini.

Seandainya Man City menang dalam perlawanan yang akan dilangsungkan di Etihad itu, maka mereka akan terus memimpin carta liga dengan kelebihan empat mata.

Namun seandainya pasukan pelawat yang pulang dengan tiga mata penuh, maka mereka bakal memimpin carta saingan liga dengan kelebihan dua mata.

Bercakap menjelang perlawanan tersebut kepada Metro, De Bruyne telah ditanya apa pandangan beliau tentang skuad Liverpool.

Pemain kebangsaan Belgium itu memberikan pujian menggunung kepada skuad kendalian Jurgen Klopp itu dan beliau turut bercakap tentang perseteruan antara kedua-dua pasukan.

“Saya rasa mereka sangat hebat. Saya rasa di sini ada dua pasukan yang saling bersaing antara satu sama lain dan kedua-dua pasukan tahu apa yang diperlukan untuk saling mencabar antara satu sama lain.”

“Kami merupakan dua pasukan yang berjaya melakukan hal itu sejak lima tahun terakhir ini.”

De Bruyne kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan yang beliau tak ingat kalau ada perlawanan antara mereka yang membosankan.

“Saya suka perlawanan besar. Ia merupakan dua pasukan yang sentiasa menyerang dan perlawanan kami musim ini sangat menghiburkan. Saya tak ingat ada atau tak perlawanan kami yang membosankan.”

De Bruyne turut menegaskan yang beliau sebenarnya lebih menghargai usahanya sendiri berbanding hal lain, tidak kira apa sekalipun keputusan perlawanan tersebut.

“Cara saya berfikir, jika saya sudah mencuba segalanya yang saya mampu untuk menang dan ia tak menjadi, tak ada masalah. Kadang kala ia berlaku dan kadang kala ia tak mustahil.”

De Bruyne pada musim ini telah membuat 35 penampilan bersama Manchester City dari semua pertandingan, dengan beliau berjaya menjaringkan 13 gol dan mencatatkan lapan assists sepanjang tempoh tersebut.

Manchester City dan Liverpool sedang berada di tahap persembahan terbaik

Kedua-dua Manchester City dan Liverpool sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka menjelang pertemuan di Etihad pada minggu ini.

Skuad kendalian Pep Guardiola ketika ini sedang melalui lapan perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan selepas kekalahan mereka di tangan Tottenham Hotspur pada Februari lalu.

Liverpool sementara itu sedang melalui lima kemenangan secara berturut-turut dari semua pertandingan dan mereka juga sedang melalui 10 kemenangan berturut-turut dalam saingan Premier League.

Kedua-dua pasukan juga baru sahaja memenangi aksi leg pertama peringkat suku akhir saingan Champions League baru-baru ini.

Manchester City cemerlang menewaskan Atletico Madrid 1-0 di Etihad, sementara Liverpool pula berjaya menundukkan Benfica 3-1 di Lisbon.

https://twitter.com/LFCNews_365/status/1511747009178447873?t=jGd6cv_7_yOA5eHSDSdaLQ&s=19

Jelas sekali melihat kepada persembahan semasa kedua-dua pasukan, perlawanan pada hujung minggu ini bakal menyajikan aksi yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN