Presiden Syarikat Penerbangan penerbangan tambang murah Vueling, Javier Sanchez-Prieto mengesahkan yang perancangan untuk meluaskan lapangan terbang Barcelona sebagai agak mustahil.
Ini kerana, cadangan projek itu akan membuatkan kapal terbang akan terbang melintas ruang udara rumah di Bellamar, 20 kilometer daripada lapangan terbang Barcelona. Rumah Messi juga ada di situ.
Javier Sanchez-Prieto memberitahu yang, tiada kapal terbang pun dibenarkan melintasi atas rumah Messi kerana ia adalah zon ruang udara bebas kapal terbang. Oleh itu, projek ‘expansion’ itu terpaksa dibatalkan.
Vueling sebelum ini meminta agar ada usaha untuk memberikan mereka lapangan terbang lebih besar kerana pertambahan jumlah penumpang kapal terbang tambang murah mereka.
Namun begitu Vueling tidak merasakan yang idea untuk meluaskan lapangan terbang sedia ada sebagai sesuatu yang rasional. Vueling antara syarikat yang ditanya pendapat mereka tentang perkara ini.
Prieto bagaimanapun menegah agar tiada sebarang kritikan dilemparkan kepada Lionel Messi kerana pemain Barcelona itu buat masa ini tidak ada kaitan dengan isu ini.
Priteo juga mengingatkan bahawa halangan projek itu lebih kepada kerana keadaan geografi dan juga faktor keselamatan.
“Kami mahu tegaskan yang kami (Vueling) tidak ada terlintas langsung mahu menggunakan nama Lionel Messi untuk mensensasikan hal ini ataupun membuat kontroversi.”
“Yang pasti anda tidak boleh melintasi ruang udara rumah Messi. Itu melanggar undang-undang dan tiada berlaku di mana-mana tempat di dunia ini.”
Rumah mewah Lionel Messi di Bellamar adalah berkeluasan 10,000 kaki persegi.