Dimitar Berbatov Kritik Arahan Taktikal ‘Lambungkan Bola’ David James Di Instagram

Dimitar Berbatov

Penyerang veteran dari Bulgaria yang pernah beraksi bersama Manchester United, Dimitar Berbatov kini merupakan pemain bagi pasukan di Liga Super India, Kerala Blasters.

Kelab yang berpengkalan di Kochi, Kerala itu telah dibimbing oleh seorang lagi bekas pemain bola sepak terkenal iaitu David James.

Seperti ramai yang mengetahui, James adalah bekas penjaga gol antarabangsa England dan mencipta nama sewaktu bersama Liverpool.

Namun, James mungkin bukan seorang pengurus yang baik pada pandangan Berbatov sekiranya melihat kepada reaksi yang diberikan penyerang berusia 37 tahun itu dalam laman Instagram milik beliau.

Terdapat kisah menarik yang melibatkan kedua-dua individu ini sehingga membuatkan Berbatov memuatnaik ‘Instagram story’ yang jelas memperlihatkan beliau benar-benar tidak berpuas hati dengan pengurusnya itu.

Hal ini berkemungkinan David James menerapkan corak permainan dengan hantaran lambung kepada pemain penyerang untuk mencipta jaringan.

Dimitar Berbatov
Luahan rasa ketidakpuasan hati oleh Berbatov terhadap David James.

Dimitar Berbatov dengan begitu lantang menggunakan ‘hashtag’ yang panas berbunyi ‘worst tactical advice’, ‘worst wanna be coach ever’ dan ‘chips the ball to strikers chest and we take it from there’.

Perkara ini turut mendapat perhatian beberapa individu yang terlibat dalam bola sepak di India, antaranya adalah:

https://twitter.com/MichaelChopra/status/970134493024718849

Kerala Blasters layak untuk beraksi dalam saingan Super Cup selepas menamatkan aksi liga di tempat ke-6.

Namun, dengan kritikan yang dizahirkan olehnya terhadap David James, Berbatov dilihat tidak akan kembali ke kelab tersebut.

Rumusan

Walaupun anda (pemain) tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan atau diarahkan oleh pengurus pasukan, mengecam pengurus di laman sosial bukanlah satu perkara yang sihat buat seseorang pemain profesional.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN