Heatmap Yannick Carrasco Ini Contoh Jika Anda Buat 9 Sepak Mula Dalam Satu Perlawanan

Dalam teknologi serba canggih hari ini, data dan statistik bola sepak adalah perkara yang sinonim dengan bola sepak. Antara aspek yang digemari kita semua adalah ‘heatmap’ ataupun peta haba.

Jose Fonte, Yannick Carrasco dan Nicolas Gaitan adalah nama baru dalam bola sepak China. Yannick Carrasco adalah pemain kebangsaan Belgium dan memiliki nama besar di pentas Eropah.

Beliau berhijrah ke Dalian Yifang dengan harga €30 juta dan menerima gaji sekitar €8.98 juta setahun. Beliau masih lagi pemain yang kerap dipanggil oleh Belgium di bawah Roberto Martinez.

Nicolas Gaitan turut berhijrah ke kelab yang sama dengan nilai perpindahan dirahsiakan. Jose Fonte pernah menjadi sasaran Manchester United sebelum ini, juga memilih untuk menikmati kontrak bermandi duit di kelab yang sama.

Perlawanan pertama CSL mereka menyaksikan 3 watak ini dalam pasukan yang dibelasah oleh Shanghai SIPG yang diwakili 2 bintang Brazil, Hulk dan Oscar.

Shanghai SIPG menang 8-0 ke atas Dalian Yifang. Oscar mencuri tumpuan dengan menjaringkan hatrik dalam perlawanan itu. Selain Oscar, Wu Lei turut menjaringkan hatrik.

Shanghai SIPG melakukan 24 percubaan ke arah gol. Dalian pula gugup dan kerap hilang bola. Ini adalah heatmap Yannick Carrasco yang lebih banyak melakukan sepak mula berbanding dengan sentuhan di dalam kotak penalti.

Peraturan baru bola sepak menyaksikan hanya 1 pemain melakukan sepak mula, maka hanya Carrasco menjadi pemain paling banyak melakukan rutin tersebut. Saksikan peta haba beliau di sini.

Merah membara di bulatan tengah itu bukan?

Nampaknya, 3 pemain ini ada debut di CSL yang ngeri dan harus dilupakan segera.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN