Jaringan Lewat Perlawanan Nemanja Matic Bantu Manchester United ‘Comeback’ Atasi Crystal Palace

Manchester United

Manchester United berjaya bangkit daripada ketinggalan dua jaringan untuk menewaskan Crystal Palace 3-2 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Selhurst Park.

Nemanja Matic muncul wira United selepas menjaringkan gol menarik di masa kecederaan untuk membawa pulang tiga mata penuh bagi kembali berada di tangga kedua, merampas kedudukan yang sebelum ini menjadi milik Liverpool.

Tuan rumah membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 menerusi Andros Townsend yang membuat sepakan dari luar kotak penalti.

Percubaan yang terbias apabila terkena Victor Lindelof itu ternyata memerangkap penjaga gol Manchester United, David De Gea untuk sekadar melihat bola menerjah gawang beliau.

Crystal Palace menambah jaringan kedua berselang tiga minit selepas perlawanan babak kedua bersambung menerusi pemain pertahanan kiri, Patrick Van Aanholt.

Van Aanholt yang meluru pantas ke dalam kotak penalti meledakkan satu rembatan yang sekali lagi tidak mampu dihalang oleh De Gea bagi melebarkan kedudukan menjadi 2-0.

LONDON, ENGLAND – MARCH 05: Nemanja Matic of Manchester United scores the third Manchester United goal during the Premier League match between Crystal Palace and Manchester United at Selhurst Park on March 5, 2018 in London, England. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Tersentak dengan jaringan tersebut, anak buah Jose Mourinho memperkemaskan aksi dalam usaha merapatkan kedudukan.

Gol yang dinantikan kem Manchester United menjelma pada minit ke-55 selepas Chris Smalling berjaya menanduk masuk bola hasil hantaran lambung yang dilakukan Antonio Valencia.

Romelu Lukaku kemudiannya menyamakan kedudukan di minit ke-76 selepas pemain antarabangsa Belgium itu menyempurnakan peluang susulan berpunca daripada percubaan awal dilakukan Alexis Sanchez yang terkena tiang gol.

Ketika perlawanan dijangka berakhir dengan keputusan seri, Nemanja Matic meledakkan sepakan menarik dari luar kotak penalti pada minit ke-91 untuk mengesahkan tiga mata penuh buat Manchester United pada perlawanan ini.

Dengan Manchester City dilihat semakin menghampiri kejuaraan EPL, persaingan bagi merebut tempat kedua lebih menarik untuk disaksikan apabila Manchester United dikejar rapat oleh Liverpool dan Tottenham Hotspur yang turut mengintai kedudukan tersebut.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN