Lapan Pasukan Bakal Rebut Gelaran Juara ePiala Malaysia 2019

ePiala Malaysia 2019

Malaysian Football League (MFL) menjelmakan kelainan dalam kancah bola sepak tempatan apabila telah menganjurkan ePiala Malaysia 2019 yang menampilkan lapan pemain hebat kancah e-sukan tanah air.

Kerjasama strategik antara MFL dan Gamesbond itu bakal menyaksikan lapan pemain tersebut akan mewakili kesemua pasukan yang berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2019.

Pertandingan ePiala Malaysia 2019 itu akan menggunakan platform Playstation 4 dengan permainan video, FIFA20 sebagai pilihan. Perlawanan suku akhir dijadualkan bermula esok (26 September) dan aksi separuh akhir pula berlangsung pada 17 Oktober 2019.

Format ‘home-away’ akan digunakan pada peringkat suku dan separuh akhir dengan tempoh masa lima minit bagi setiap separuh masa.

Jadual perlawanan juga adalah sama seperti saingan Piala Malaysia apabila Kedah bertemu PKNP FC, Pahang menentang Melaka United, JDT berdepan Terengganu FC dan yang terakhir Selangor bertemu Perak.

Sementara itu, dua pasukan yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir akan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum sepak mula aksi sebenar Piala Malaysia 2019 bermula.

Selain daripada berpeluang untuk menjulang trofi juara di hadapan puluhan ribu penyokong yang bakal membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, juara ePiala Malaysia 2019 juga turut akan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM5,000 berserta trofi.

Berikut adalah senarai lengkap pemain e-sukan dan pasukan yang bakal diwakili mereka menerusi satu undian dilakukan petang tadi di The Saujana Hotel Kuala Lumpur:

1) Muhammad Luqman Haziq Bin Hajiman (LuqmanHzq) – Terengganu FC

2) Nur Amirul Bin Afandi (Amtuah) – Perak 

3) Muhammad Syahril Mispardi (Syahril) – Pahang

4) Kathireswaran Sugumaran (Infamous9) – PKNP FC

5) Mirza Mohammad Nabil Beg Bin Mirza Mohammad Taiyab Beg (Bale) – Melaka United

6) Iskandar Mirza Bin Mohd Mustafa (IsMirza) – Selangor

7) Ahmad Shahrin Bin Shaharudin (Ayen) – Kedah 

8) Putera Sufrie Nizam Bin Subardron (Killer) – JDT

Dalam pada itu, BenQ, Thermaltake, Seagate, eGG Network dan iflix turut menjalinkan kerjasama selaku penaja rasmi dalam menjayakan pertandingan yang julung kali diadakan ini.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN