Jurgen ‘Crazy Old Dreamer’ Klopp Jadi Ahli Badan Kebajikan Juan Mata

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp terharu apabila diiktiraf sebagai jurulatih terbaik dunia. Ini selepas kejayaan beliau membantu Liverpool menjuarai UCl 2018/19 selepas menamatkan kempen UCL sebelum itu sebagai naib juara.

Klopp menggelarkan dirinya sebagai ‘Crazy Old Dreamer’ ataupun pengejar impian yang tua dan gila.

Klopp mengambil kesempatan menggunakan sesi ucapan beliau untuk menarik lebih ramai pengamal bola sepak agar tampil membantu menjadikan dunia ini agar menjadi lebih baik.

Antaranya dengan menyumbang dana kepada kebajikan. Klopp juga turut mengisytiharkan komitmen beliau kepada badan kebajikan Common Goal. Satu badan kebajikan yang digerakkan oleh pemain Manchester United, Juan Mata.

Klopp kagum dengan Juan Mata di atas apa yang telah dilakukan oleh pemain itu. Lupakan perseteruan di atas padang dan bersama berganding bahu untuk kebaikan di luar padang.

“Saya ingin menggunakan pentas ini untuk menyatakan satu perkara.”

“Ini adalah pengiktirafan individu. Saya tidak begitu faham 100% dengan hadiah individu, namun saya dapat juga.”

“Tiada siapa yang menjangka saya akan berada di sini pada 10, 20 atupun 5 tahun yang lalu.”

“Saya berada di sini dengan ramai orang. Namun kita pada sudut kehidupan yang sangat baik. Sebab itulah kita di sini, ‘legends’.”

“Apa yang berlaku masa lalu itu hebat. Hari ini ianya sangat baik dan harap di masa akan datang ianya akan baik juga.”

“Namun ada ramai orang di luar sana tidak merasai apa yang kita rasa. Dengan itu, saya mengumumkan bahawa saya adalah ahli keluarga Common Goal.”

Common Goal merupakan badan kebajikan yang mensasarkan penglibatan pengamal bola sepak terutama sekali para pemain dan jurulatih untuk memberikan komitmen 1% daripada gaji mereka kepada badan amal.

Wang itu akan digunakan untuk pelbagai aktiviti kebajikan dan kemanusiaan di seluruh dunia.

Sebelum ini sudah ramai bintang yang tampil termasuk Giorgio Chiellini, Alex Morgan, Julian Nagelsmann, Serge Gnabry, Dennis Aogo, Alex Brosque, Hasan Ali Kaldirim, dan juga Megan Rapinoe, Pemain Terbaik Wanita FIFA Best 2019.

Klopp dalam ucapannya ketika menerima Anugerah Jurulatih Terbaik FIFA Best 2019 berkongsi sedikit kesukaran dalam hidupnya, ketika menjadi pemain bola sepak amatur. Klopp bekerja di gudang untuk membantu keluarganya.

Jurgen Klopp kini berada di Liverpool, menjadi pengurus salah sebuah kelab besar. Dan beliau melihat para pemain bintang bola sepak hari ini, termasuk di Liverpool sudah berada di dunia yang berbeza.

Terpulang kepada para pemain itu sendiri, sama ada mahu terus dengan bukan dunia nyata itu ataupun turun melihat dan membantu masyarakat yang lain, di mana masih ramai memerlukan bantuan. Kerana itulah dunia yang nyata ataupun realiti, menurut Klopp.

“Kita tidak harus lupa, apa rasanya ketika kita berada dalam kesulitan.”

“Kepompong yang kita tinggal dan hidup hari ini bukannya dunia yang sebenar. Saya minta maaf. Apa sahaja yang berlaku di atas padang itu bukan masalah yang sebenar.”

“Sepatunya sukan ini ke arah tujuan yang lebih besar, berbanding hanya mengejar piala dan trofi, bukan?”

“Kita fikirkan kembali, apa yang kita boleh lakukan bersama dan memberikan 1% daripada yang kita dapat [gaji] untuk menjadikan dunia ini lebih baik.”

“Mungkin saya naif, mungkin saya hanyalah seorang pengejar mimpi yang sudah tua dan gila.”

“Namun, bola sepak ini untuk siapa? Semua kita tahu, bola sepak adalah sukan untuk pengejar impian.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN