‘Lambakan Pemain Muda Berdarah Kacukan Di Seluruh Dunia’- Era Baru Buat Bola Sepak Malaysia?

Ketika ini, ramai pemain muda berdarah kacukan yang mempunyai pertalian dengan Malaysia telah dikesan di seluruh dunia dengan reputasi tersendiri bersama kelab masing-masing.

Segalanya bermula dengan usaha laman Future Talents yang giat mengesan pemain luar negara yang mempunyai pertalian darah bersama Malaysia di seluruh dunia.

Ketika ini, kebanyakan pemain warisan didaftarkan di Malaysia sebenarnya sudah pun ramai dan tampil dengan nasib serta kualiti berbeza untuk memperkukuhkan pasukan kebangsaan.

Ada yang tampil dengan kualiti cukup menyerlah seperti Stuart Wilkin, Corbin-Ong, Matthew Davies, David Rowley, Dion Cools, Darren Lok, Daniel Ting, serta beberapa nama lagi.

Ada juga yang hadir tanpa memberi impak berkualiti atau setaraf pemain tempatan lain di persada liga sehingga nama mereka tenggelam begitu sahaja dalam kalangan para penyokong.

Atas beberapa faktor latar belakang, umur, serta kesesuaian para pemain warisan itu sendiri menjadikan mereka hilang begitu sahaja tanpa berpeluang untuk cuba menyumbang sesuatu buat pasukan kebangsaan.

Untuk beberapa tahun mendatang, pemain warisan utama yang memperkukuhkan skuad kebangsaan sebelum ini ke pentas Piala Asia mungkin sudah tidak dapat menyumbang sesuatu lebih besar lagi buat Malaysia.

Jalannya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu giat menghantar seberapa ramai staf mereka untuk mengesan serta melamar lebih ramai pemain warisan lebih muda, berbakat besar, serta diyakini mampu untuk memperkukuhkan skuad kebangsaan pada masa hadapan.

Bukan untuk menidakkan anak-anak tempatan bersama pasukan kebangsaan, setidaknya ini mampu mengurangkan slot pemain naturalisasi dengan kepercayaan lebih terarah kepada mereka memiliki darah Malaysia.

Jika diimbas pada perkongsian Future Talents, jelas Malaysia sebenarnya memiliki begitu ramai pemain mempunyai pemain berdarah kacukan hasil warisan daripada ibu atau bapa mereka sehingga kepada datuk dan nenek yang merupakan warganegara kita.

Beberapa bakat muda yang diperkenalkan lama tersebut juga jelas mempunyai kualiti serta berpeluang untuk mewakili skuad kebangsaan dengan lebih lama jika FAM pantas membuat kerja.

Setakat ini, beberapa nama pemain dilihat begitu mencuri tumpuan dan mampu menampung kelemahan posisi kebangsaan terutama di bahagian serangan pada masa hadapan.

Nama Naim Garcia antara paling mencuri tumpuan selepas beliau telah diperkenalkan laman Future Talent sebelum itu beroperasi selaku pemain sayap kiri dan kanan selain merupakan pemain Barcelona di Sepanyol.

Selain Naim, beberapa lagi pemain yang masih muda dilaporkan memiliki pertalian darah bersama Malaysia turut mewakili kelab gergasi seperti Manchester City, Manchester United, PSV Eindhoven dan ramai lagi untuk diintai oleh FAM.

Persoalannya kini, adakah mereka mahu menyertai pasukan kebangsaan atau kita akan melepaskan mereka begitu sahaja untuk mewakili negara pilihan masing-masing?

Untuk mara ke peringkat lebih tinggi, harus diakui kita memerlukan lebih ramai pemain berkualiti seperti Dion Cools yang juga memiliki latar belakang menarik ketika muda untuk menyertai beberapa pasukan elit di Eropah.

Pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN