Penyokong Malaysia Pertikai FAM Lambat Buat Kerja Rekrut Pemain Warisan Berkualiti

Sekelompok besar penyokong bola sepak Malaysia kini mula mempertikaikan kewibawaan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) untuk membuat tindakan lebih pantas menghantar pemantau mereka mencari seberapa pemain warisan lebih berkualiti.

Ini kerana, satu laman di Instagram iaitu Future Talents mula mendapat perhatian para peminat bola sepak tempatan ekoran kepantasan mereka untuk mendapatkan maklumat pemain warisan berkualiti di seluruh dunia.

Lebih menarik, laman tersebut juga berjaya memperkenalkan barisan pemain tersebut dengan begitu teliti serta memberi pendedahan menarik buat para penyokong bola sepak Malaysia.

Seperti diketahui, pemain warisan kini boleh dianggap menjadi kekuatan terbaharu buat pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa selain bergantung harap kepada tenaga tempatan serta naturalisasi.

Lambakan pemain warisan sejak beberapa tahun lalu menyaksikan hanya beberapa nama sahaja kekal bertahan dan berkualiti untuk menembusi skuad kebangsaan.

Ketika ini pemain seperti Dion Cools, Corbin Ong, Matthew Davies, Daniel Ting, Natxo Insa, David Rowley, Brendan Gan antara yang sering membarisi skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

Namun, para pemain tersebut kini semakin meningkat daripada segi usia dan sudah tentu para penyokong tempatan berharap supaya lebih ramai bintang warisan baharu lebih dapat diketengahkan pada masa hadapan.

Tampilnya laman Future Talents di Instagram kini seolah memberi sinar baharu buat masa depan bola sepak negara, selepas mereka berjaya mengetengahkan ramai pemain warisan lebih muda serta ada sesetengahnya beraksi bersama kelab terkemuka dunia.

Antara terbaharu diperkenalkan ialah pemain warisan Malaysia yang menetap di United Kingdom ketika ini serta beraksi untuk Manchester City bawah 18 (B-18) iaitu Daniel Batty.

Selain itu ada juga pemain yang pernah beraksi untuk Manchester United sebelum ini dan berusia baru 24 tahun iaitu Thomas Roy Sang dan kini mewakili Port Vale FC untuk saingan EFL League One.

Banyak lagi pemain-pemain yang mempunyai pertalian darah bersama Malaysia telah diketengahkan laman ini dan tampil banyak komen positif memuji usaha mereka untuk memperkenalkannya.

Malah, ada juga tampil memberi kritikan keras kepada FAM yang dianggap begitu lambat untuk menghantar pemantau mereka bagi mendapatkan para pemain tersebut.

“FAM takde usaha langsung ke nak dapatkan pemain warisan kita ni? Takkanlah sampai bila-bila nak bergantung kepada JDT dan TMJ membantu skuad kebangsaan? FAM tak buat kerja ke ambil pemain warisan ni?” Luah Standley_wa3 di ruangan komen laman berkenaan.

“Kalau bab pemain keturunan aku respect dengan Indonesia, mereka betul-betul buat kerja. Kau tengok berlambak pemain darah kacukan dalam skuad kebangsaan mereka. Malaysia ni pulak macam nak tak nak kat pemain ada darah Malaysia. Usaha tak berapa ada,” ujar Nur Syahirah Sofea.

“Admin pi la kerja dengan FAM, tengok pemantau sekarang cam h*n*t, lambat buat kerja,” komen Adam Jamaludin.

“Kau ingat FAM kisah ke? Selagi tak main Liga M, jangan harap KPG nak panggil,” sindir Amirulmuhaimin mengenai situasi tersebut.

Apapun, usaha dilakukan oleh Future Talents merupakan sesuatu yang perlu dipuji kerana lebih ramai pemain-pemain warisan sebelum itu tidak dikenali mula didedahkan laman berkenaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN