Piala Asia B-23: Hamidin Impi Malaysia Layak Ke Separuh Akhir

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Bin Mohd Amin tampil dengan harapan untuk melihat skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) mampu menyinar di saingan Piala Asia B-23.

Terdahulu, skuad B-23 turut bakal membawa cabaran untuk ke saingan Piala Asia B-23 yang akan bermula tidak lama lagi di Qatar dengan misi tersendiri.

Bawah kendalian jurulatih baharu mereka iaitu Juan Torres Garrido bersama Shukor Adan, pastinya para penyokong mengharapkan perubahan positif dapat dicipta pasukan berkenaan di pentas Piala Asia.

Jika skuad senior gagal untuk melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik, maka pasukan B-23 pula disasarkan untuk sekurangnya mara ke peringkat suku akhir sekurangnya.

Jelas Hamidin, beliau juga meletakkan harapan sebenarnya agar Malaysia mampu mara ke pusingan separuh akhir pada saingan tersebut nanti.

Kata beliau, untuk memastikan harapan tersebut mampu dipenuhi mereka akan menyediakan terbaik buat pasukan termasuk menghantar skuad B-23 mengharungi beberapa aksi persahabatan lebih berkualiti di luar negara.

Sasaran ke peringkat separuh akhir bukan sahaja meletakkan nama mereka dalam kelompok empat terbaik, tetapi Hamidin juga menyatakan ia merupakan salah satu peluang buat Malaysia untuk cuba mendapatkan slot ke pentas Sukan Olimpik di Paris pada Julai hadapan.

Bagi mendapatkan slot ke saingan Olimpik, tiga pasukan terbaik Piala Asia B-23 secara automatik akan melayakkan diri dan satu lagi tiket menyaksikan ada negara bakal menghadapi aksi ‘play off’ berdepan Guinea dari benua Afrika.

Walaupun begitu, Hamidin menyedari ianya bukan sesuatu mudah untuk cuba direalisasikan mereka, namun apa-apa boleh berlaku dalam dunia bola sepak bawah kendalian Garrido demi mencipta sejarah baharu.

“Kalau kita lihat kelayakan ini (Piala Asia B-23 di Qatar) makna hanya empat pasukan sahaja layak ke Olimpik, tiga tambah satu.

“Satu akan lawan playoff dengan benua lain. Jadi kalau dapat dua tempat teratas (peringkat kumpulan) akan layak ke suku akhir dan seterusnya masuk separuh akhir.

“Harapan kita memang kalau boleh kita masuk separuh akhir cantik, tapi sebelum itu kena layak dulu ke suku akhir. Jadi saya dan FAM akan tekan (berusaha) sebaik mungkin,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, Hamidin juga mengakui sudah membuat beberapa perbincangan bersama Garrido ketika mereka berada di Qatar untuk menyaksikan skuad senior di pentas Piala Asia 2023.

“Saya dah bermesyuarat dengan Juan Torres (Garrido) dan beliau pun memang ada di Doha dan bincang dengan saya, kita akan buat persiapan bermain di Indonesia empat penjuru terlebih dulu.

“Dan juga datang ke Doha lebih awal untuk tempuh beberapa aksi persahabaan dan latihan, itu mustahak untuk kita buat. Kita ada pilihan sama ada pergi ke Qatar, Dubai atau Arab Saudi, tapi paling baik di Qatar,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN