Lagenda Bernama Maradona, Sang Penakluk Dunia Berbadan Kecil! – Bahagian 1.

Lagenda bernama Maradona terlalu dekat di bibir peminat bola sepak.

Bagi generasi hari ini, nama Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi adalah nama yang tidak asing lagi dalam arena bola sepak dunia.

Sebelum itu, nama Pele adalah tumpuan peminat bola sepak era 50-an sehingglah persaraannya pada 1 Oktober 1977.

Nama mereka adalah malar segar dan merentas zaman dan generasi.

Diego Armando Maradona

Satu lagi nama yang sering disenaraikan setara dengan ketiga-tiga nama hebat di atas ialah Diego Maradona.

Satu bakat bola sepak luar biasa yang pernah disaksikan dunia, tetapi dipalit dengan pelbagai isu kontroversi berprofil tinggi- dadah, alkohol, gangterisme dan isu kesihatan!

Diego Armando Maradona

Dilahirkan pada 30 Oktober 1960 di Villa Fiorito, Buenos Aires, Diego Maradona, anak ke-5 daripada 8 adik beradik.

Dibesarkan oleh ayahnya Diego Sr. dan ibunya Dona Tota di kediaman mereka yang sempit dan boleh dikategorikan sukar dan miskin.

Zaman Kanak-Kanak

Sepertimana anak-anak kecil yang lain di kawasan kejiranan beliau, Diego Maradona didedahkan dengan bola sepak seawal usia 3 tahun.

Bakatnya di dalam bola sepak terserlah apabila seawal usia 10 tahun, Diego Maradona sudah bermain sebagai pemain utama Los Cebollitas, pasukan remaja Argentinos Juniors.

Diego Maradona (berbaju gelap) ketika zaman remaja.
Diego Maradona (berbaju gelap) ketika zaman remaja beraksi bersama Los Cebollitas.

Argentinos Juniors adalah salah satu kelab bola sepak terbesar di Argentina selain daripada River Plate, San Lorenzo maupun Newell’s Old Boys pada masa itu.

Bersama Los Cebollitas, Diego Maradona bermain bola sepak dam mencatatkan 136 perlawanan rekod tanpa kalah!

Sebelum usia beliau mencecah 16 tahun, Diego Maradona sudah pun bermain untuk pasukan senior, Argentinos Juniors.

Kareer kelab peringkat awal

116 gol dijaringkan daripada 167 perlawanan daripada tahun 1976 sehingga 1981 bersama Argentinos Juniors.

Boca Juniors pantas memancing penyerang muda dengan yuran perpindahan bernilai US$4 juta.

Walaupun mendapat tawaran daripada River Plate untuk menjadikan beliau sebagai pemain dengan bayaran tertinggi dalam sejarah kelab Argentina pada masa itu.

Boca Juniors adalah kelab yang beliau impikan sejak zaman kanak-kanak.

Aksi Diego Maradona bersama Boca Juniors.

Diego Maradona berjaya membawa Boca Juniors menjulang Metropolitano (Kejohanan bola sepak yang wujud di Argentina 1967-1984).

Menjaringkan 28 gol daripada 40 penampilan sepanjang bersama Boca Juniors. Metropolitano 1981, satu-satunya trofi yang dimenangi oleh Diego Maradona di Argentina.

Barcelona F.C

Dikenali sebagai  seorang “advanced playmaker“, Diego Maradona adalah seorang pemain No.10 klasik!

Aset beliau ialah pada visi permainannya yang luas, hantaran yang menakjubkan, kawalan bola yang luar biasa, kemahiran menggelecek aras tinggi, kepantasan serta memiliki refleks dan reaksi yang tajam.

Aksi Diego Barcelona membantu menumpaskan Manchester United 2-0 dalam Piala Eropah 1984.

Pada ketinggian 1.65m, pemain yang turut mendapat jolokan “El Pibe de Oro” bermaksud “Budak Emas”.

Sejurus selepas Piala Dunia 1982, Diego Maradona melengkapkan perpindahan rekod dunia ketika itu dengan nilai £5 juta ke Barcelona.

Rakan sepasukan Barcelona beliau, Lobo Carrasco berkata:

“Dia memiliki dan menguasai segala kemahiran yang ada sebagai seorang pemain bola sepak! Apabila Maradona berlari membawa bola atau menggelecek pertahanan, bola seolah-olah terikat pada but.”

Saya masih ingat ketika sesi latihan awal beliau ketika baru menyertai kami- seluruh pasukan  kagum dan kami hanya berhenti dan berdiri sambil memerhatikannya.”

“Kami berfikir, kami sangat bernasib baik kerana menjadi saksi kepada aksi dan bakat luar biasa Diego Maradona!”

Trofi Di Sepanyol

Diego Maradona memenangi trofi pertama dengan menewaskan Real Madrid untuk menjulang Coppa del Rey 1983.

Ini diikuti dengan kejayaan mendakap Spanish Super Cup menewaskan Athletic Bilbao pada permulaan musim berikutnya.

Skuad Barcelona yang menjulang Copa del Rey pada 1983 turut dibarisi Diego Maradona.

Diego Maradona bukan sahaja diminati oleh peminat di Catalan. Malah penyokong Real Madrid turut menghargai bakat beliau.

Menjadi pemain pertama yang mendapat “standing ovation” daripada penyokong Real Madrid kerana aksi hebat beliau.

Hanya Ronaldinho (2005) dan kemudian Andres Iniesta (2015) yang pernah menerima penghormatan sebegitu daripada penyokong Real Madrid.

Situasi ini sukar sekali berlaku sekiranya kehangatan perseteruan “derby El-Classico” diambil kira.

3 piala, 28 gol, 40 penampilan adalah ilustrasi karier Diego Maradona bersama Barcelona.

Kontroversi

Karier lagenda bernama Maradona di Nou Camp tidaklah selancar yang dijangkakan. Beliau diakatakan mulai berjinak dengan kokain.

Beliau dijangkiti hepatitis, mungkin kerana pengambilan alkohol tidak terkawal. Dunia glamor menyebabkan beliau sering kelihatan berpeleseran bersama wanita.

Populariti Diego Maradona mengangkat beliau sebagai “poster boy” dalam iklan di sebuah supermarket di Italy. Populariti beliau sudah dirasai di Italy walaupun beraksi di Sepanyol.

Segala khabar angin dan laporan media tersebut bagaimanapun sering dinafikan oleh Diego Maradona.

Insiden

Jodoh Diego Maradona bersama Barcelona tidak panjang. Karier beliau bersama Barca lebih diingati dengan aksi ganas di pentas final Coppa del Rey 1984 bertemu Atletico Bilbao.

Final yang menyaksikan Diego Maradona bertindak balas terhadap terjahan Andoni Goikoetxea.

Dalam aksi Liga BBVA menemukan kedua-dua pasukan sebelum itu, Diego Maradona terpaksa berehat selama 3 bulan akibat terjahan keras Goikoetxea.

Setelah mengalami terjahan kasar sekali lagi oleh pemain yang sama dan menerima provokasi berunsur xenofobia sepanjang perlawanan, Diego Maradona tidak dapat membendung emosi kemarahan beliau.

Reaksi Maradona turut melibatkan pemain kedua-dua pasukan dan kemudiannya penyokong pun turut ikut serta sehingga menimbulkan rusuhan.

Seramai 60 orang dilaporkan cedera di dalam insiden tersebut.

Masa Depan Yang Suram

Insiden dalam perlawanan yang dihadiri oleh Raja Sepanyol, King Juan Carlos, dianggap memalukan.

Insiden rusuhan yang dicetuskan oleh Diego Maradona tersebut pantas menjadi isu nasional di Sepanyol pada masa itu.

Ia turut mendapat reaksi yang berbeza daripada pelbagai lapisan masyarakat dan komuniti bola sepak dunia.

Kisah Lagenda bernama Maradona memenuhi dada akhbar di Sepanyol dan seluruh Eropah ketika itu.

Kisah Maradona memenuhi dada akhbar di Eropah.

Ada yang berpendapat bahawa karakter liar Diego Maradona akan menghalang kerjaya bola sepak beliau.

Ada juga yang berpendapat adalah satu kerugian bagi Barcelona melabur di dalam pembelian pemain seperti Diego Maradona.

Perseteruan Diego Maradona dengan presiden Barcelona, Ferlaino E. Juliano turut tidak membantu.

Ini menyebabkan Presiden Kelab Barcelona pada ketika itu bertindak menjual Diego Maradona ke Napoli dengan satu lagi nilai perpindahan rekod dunia, berjumlah £6.9 juta selesai musim 1983-84.

Satu perkara yang pasti. Fenomena “MARADONA”, Sang Penakluk Dunia tidak ternoktah di situ sahaja!

Baca juga: Ronaldinho Pemain Barcelona Yang Artistik!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN