Kerana Mersyeside Derby, Idrissa Gueye & Sadio Mane ‘Putus Kawan’

Apa yang akan bermain di fikiran kebanyakan peminat bola sepak mengenai Mersyeside Derby?

Mereka pasti akan kata ia adalah perlawanan musuh tradisi yang paling mesra kerana di dalam sebuah keluarga di Mersyeside, bukan satu masalah jika seorang datuk merupakan peminat Everton dan cucunya peminat Liverpool.

Namun hakikatnya, permusuhan yang sering digambarkan sebagai mesra itu tidaklah semesra mana.

Perlawanan diantara Liverpool dengan Everton menghasilkan kad merah yang lebih banyak berbanding mana-mana perlawanan di Premier League dengan lebih 20 kad merah dilayangkan.

Bahang perlawanan ini kian terasa dengan perlawanan ini akan berlangsung di Anfield pada jam 7.30 malam waktu Malaysia hari ini, dan para pemain juga telah melancarkan perang saraf terhadap pemain lawan mereka.

Putus kawan

Bagi pemain Everton, Idrissa Gueye kini sudah tiba masanya untuk beliau ‘memutuskan’ tali persahabatan beliau dengan rakan senegaranya yang juga pemain Liverpool – Sadio Mane.

Kedua-dua pemain ini merupakan pemain skuad antarabangsa pasukan Senegal dan juga merupakan rakan baik di luar padang.

Namun begitu demi Mersyeside Derby, Gueye mahu melupakan persahabatan itu.

“Beliau adalah pemain yang baik dan juga kawan baik saya.”

“Tetapi untuk perlawanan Mersyeside Derby ini, saya tak akan cakap dengan beliau bermula sekarang sampailah perlawanan habis.”

“Saya berharap pasukan saya akan menang supaya selepas perlawanan saya boleh ‘bahan’ beliau.”

Hampir dibunuh

Gueye juga mendedahkan yang beliau sebenarnya hampir membunuh Sadio Mane.

Hal itu terjadi ketika kedua-dua pemain tersebut sedang menjalani tugasan antarabangsa bersama Senegal di Piala Negara-Negara Afrika.

“Sebenarnya saya bergurau saja mengenai itu.”

“Ketika itu, kami biarkan Mane tidak melakukan tugas bertahan seperti mana yang sepatutnya beliau lakukan kerana beliau sudah pun menjaringkan banyak gol.”

“Tapi saya rasa nak bunuh saja beliau disebabkan beliau tidak bertahan, kami tidak berjaya menang perlawanan itu kerana bolos.”

“Saya cuma bergurau saja, walau macam mana pun kami tetap berkawan.”

Baca juga: Lagenda Bernama Maradona, Sang Penakluk Dunia Berbadan Kecil! – Bahagian 1

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN