Ronaldinho Pemain Barcelona Yang Artistik!

Ronaldinho pemain Barcelona yang paling popular di era Frank Riijkard. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang memang kaki bola sepak. Beliau lahir dari keluarga sederhana di Favela.

Nama sebenar beliau adalah Ronaldo de Assis. Namun menggunakan nama timangan Ronaldinho ketika bermain bola sepak berasaskan watak komikal.

Ini untuk memastikan cuma ada 1 Ronaldo di Brazil pada ketika itu.

Bapanya, Joao da Silva Moreira pernah bermain untuk kelab amatur. Selepas bersara, beliau bekerja sebagai pembantu parkir di Gremio Football Club.

Ronaldinho ada abang bernama Roberto yang pernah dikatakan menjadi antara harapan besar untuk kelab tersebut. Tetapi kerjayanya berakhir awal, dengan kecederaan lutut yang teruk.

Roberto & Ronaldinho

Pembangunan Karier

Pada usia 8 tahun, Ronaldinho kehilangan bapanya yang lemas di dalam kolam renang di vila yang disediakan oleh Gremio untuk abangnya Roberto.

Ronaldinho sangat sukakan futsal. Ia menjadi asas kepada skil beliau untuk bermain bola sepak padang. Ronaldinho mengikut jejak langkah abangnya dengan menyertai akademi Gremio dan memukau semua orang di sana.

Beliau kemudian diserap ke dalam pasukan utama pada tahun 1997. Tidak lama selepas itu beliau dipanggil menyertai pasukan Piala Dunia Brazil B-17 dan memenangi temasya tersebut di Mesir.

Di Gremio beliau terus menjadi pemain utama kelab dan kemudiannya diberi peluang untuk membuat debut dalam Copa Libertadores.

Ke Eropah

Pada 2001, Paris Saint-Germain membeli Ronaldinho dengan nilai €5 juta. Tahun yang sama, Arsenal cuba membawa Ronaldinho ke Emirates namun gagal melakukannya kerana isu permit kerja. Jadi beliau pun ke PSG.

Pada mulanya, beliau menghadapi kesukaran bermain di pentas lebih besar di Eropah pada usia yang muda. Tetapi dalam beberapa perlawanan, beliau mulai menjaringkan gol demi gol.

Pada musim 2002/03, aksi Ronaldinho agak merosot. Beliau cuma menjaringkan 12 gol dalam 38 perlawanan. PSG mulai merasakan perlaburan €5 juta mereka tidak berbaloi.

Ini membawa kepada penjualan beliau ke Barcelona FC pada 2003/04 dengan harga €30 juta. Bagi PSG itu harga cukup mahal/overpriced untuk pemain yang kian merosot.

PSG tidak cukup sabar untuk mendapatkan hasil yang lebih baik daripada Ronaldinho dan menganggap mereka mendapat bidaan yang lebih tinggi daripada nilai sebenar Ronaldinho yang dijangka tidak akan menjadi seperti Ronaldo.

Jual sekarang !

Ke Barcelona dan menjadi ‘King’ di Camp Nou

Penjejak bakat Barcelona melihat perspektif yang berbeza dan menjangkakan potensi yang besar bahawa penyerang ini. Barcelona menewaskan Manchester United untuk mendapatkan Ronaldinho.

Barcelona cuba sedaya upaya mendapatkan Ronaldinho selepas Real Madrid menewaskan mereka untuk Beckham.

Pada musim pertama itu sahaja beliau membantu pasukannya menduduki tempat kedua dalam liga dengan menjaringkan 22 gol dan bantuan gol sebanyak 14.

Ronaldinho pemain Barcelona yang mebantu pasukannya menjadi juara liga 2004/05 dan 2005/06. Ronaldinho pemain Barcelona yang dinobat sebagai ‘FIFA Player of the Year’ pada 2004 dan 2005. Beliau juga menang Ballon d’Or pada 2005.

Pada tahun 2006, Ronaldinho pemain Barcelona yang menjuarai UCL menewaskan Arsenal 2-1 di final. Beliau turut menjaringkan 26 gol dalam semua pertandingan.

Ronaldinho pemain Barcelona yang menamatkan karier di Camp Nou dengan memenangi 2 La Liga, 1 UCL dan 2 SUPERCOPA.

Arena Antarabangsa

Ronaldinho juga telah menjadi watak penting dalam pasukan kebangsaan Brazil. Beliau membuat debut untuk Brazil pada tahun 1999 dan menjaringkan 33 gol dalam 97 perlawanan.

Dalam Copa America 1999, Ronaldinho menjaringkan 6 gol. Gol ke atas Venezuela pada ketika itu dianggap antara gol yang terbaik dalam sejarah Brazil. Ronaldinho membantu Brazil menang Copa America 1999.

Beliau turut dimasukkan sebagai pemain senior untuk skuad Olimpik Brazil di Beijing 2008 dan memenangi gangsa.

Beliau merupakan pemain penting Brazil pada Piala Dunia 2002 bersama-sama dengan Ronaldo dan Rivaldo untuk membantu Brazil memenangi gelaran Piala Dunia ke-5.

Ia sekaligus menjadikan Brazil negara terbanyak menjulang Piala Dunia. Dalam Kejohanan yang sama, sepakan percuma beliau menewaskan David Seaman dari tengah padang.

Ronaldinho ditewaskan Ronaldo untuk pemain terbaik keseluruhan namun apa yang beliau lakukan adalah amat sensasi. Beliau bermain untuk pasukan kebangsaan sehingga 2013.

Pada Piala Dunia 2010 beliau disisihkan oleh Dunga walaupun berjaya masuk dalam senarai awal.

Penurunan Karier

Karier beliau kian merudum dan Barcelona mula menjadikan wonder kid, Leo Messi sebagai pemain yang akan meneruskan legasi beliau.

Pemergian Frank Rijkaard digantikan Pep Guardiola yang tidak menjanjikan beliau tempat dalam pasukan utama. Ia membawa kepada penjualan beliau ke AC Milan dengan harga £22 juta.

Namun beliau sudah di luar kemuncak. Ia ditambah dengan isu kecederaan yang kerap. Beliau akhirnya memutuskan untuk meninggalkan AC Milan untuk kembali ke tanah air beliau.

Pada pertemuan Barcelona vs. AC Milan dalam perlwanan John Gamper, penyokong Barca di Nou Camp terharu melihat figura ini kembali ke stadium keramat mereka.

Carles Puyol menarik tangan Ronaldinho dan mengajak beliau berada dengan foto pasukan Barcelona yang menjadi antara foto paling signifikan dalam sejarah sukan dunia.

Beliau turut diberikan anugerah khas oleh Barcelona pada ketika itu. Milan mengeluarkan beliau untuk standing ovation.

Beliau kemudian menyertai beberapa kelab di sana termasuk Flamengo, Atletico De Mineiro, Querétaro dan Fluminense.

Beliaulah antara nama yang signifikan dalam sejarah bola sepak dunia. Di Barcelona beliau antara bakat yang dikenang sebagai antara yang terbaik sepanjang zaman seperti mana Johan Cruyff.

Joie de Lionel Messi avec Ronaldinho – Barcelone /Athletic Bilbao- Liga – 02.09.2007 – Foot Football – Largeur attitude joie accolade

Di peringkat global kita pastinya mengingati gerakan luar biasa beliau. Trik flip flap, no look pass dan segala macam trik yang ada.

Beliau sangat dedikasi bila di dalam padang dan bukan kaki insiden. Skil beliau sangat semulajadi. Boleh melakukan gol daripada pelbagai jarak dengan kedua dua kaki serta visi yang luar biasa.

Beliau pernah keluar dari persaraan kerana bosan hidup tidak bermain bola dan merasakan ia satu penyesalan.

Anugerah terbesar pastilah 2 kali FIFA Player Of The year dan 1 Ballon d’Or . Terlalu banyak penghargaan individu lain. Beliau dianggap salah seorang penyerang terbaik dalam sejarah bola sepak dunia pada abad ke-21 oleh FIFPRO.

Pemain ini adalah definisi sebenar artistik dalam bolasepak. Menghiburkan kita dengan aksi seorang artis di padang.

Membuatkan jutaan manusia di dunia cuba membayangkan diri mereka sebagai R10 ketika di padang bola sepak ataupun futsal.

Beliau sangat semula jadi. Ada rakan beliau menyatakan pemain ini sangat santai dalam rutin latihan.

Ronaldinho Si Genius!

Baca juga: ‘Kaki Besi’ Dan ‘Raja Bola Malaya’ – Kisah Lagenda Yang Terkubur Di The British Library

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN