La Liga: Sociedad Kejutkan Atletico, Nacho Monreal ‘On Target’

Perjalanan cemerlang Atletico Madrid dalam kempen La Liga awal musim ini, dicalarkan oleh Real Sociedad.

Atletico sebelum ini menang kesemua 3 perlawanan pertama mereka. Namun semalam, skuad bimbingan Diego Simeone tewas 2-0 di tangan Sociedad dalam aksi perlawanan keempat.

Ini merupakan aksi pertama Real Sociedad di stadium mereka, Reale Arena, selepas menjalani proses ‘redevelopment’ yang baru siap.

Sociedad memastikan perlawanan ini mereka menangi, menerusi jaringan 2 pemain yang mereka tandatangani pada musim panas yang lalu, iaitu Martin Odergaard dan juga Nacho Monreal.

Odegaard bermain dengan sangat baik sepanjang perlawanan ini.

Mikel Oyarzabal memiliki peluang keemasan namun dinafikan oleh Jan Oblak, dan jugat pintasan oleh Kieran Trippier.

Pada separuh masa kedua, Joao Felix turut mendapat peluang terbaik, namun gagal disudahkan. Felix bermain aksi yang agak senyap dalam perlawanan ini, selepas aksi cemerlang sebelum ini.

Pada minit ke-58, Martin Odergaard meletakkan Real Sociedad di hadapan. Odergaard melakukan rembatan rendah yang deras dan membias pada Savic.

Oblak kemudian berhadapan dengan situasi lebih malang. Ini apabila beliau bolos di tangan Nacho Monreal – bekas pertahanan Arsenal.

Ketika cuba menghalang gol Monreal, Jan Oblak telah tercedera dan diusung keluar padang, selepas bola terkena pada mukanya.

Penjaga gawang Sociedad, Miguel Angel Moya, cemerlang sepanjang perlawanan. Bekas penjaga gol Atletico ini berjaya menghalang percubaan dari Vitolo dan Jose Maria Gimenez.

Kekalahan ini memberikan tamparan hebat kepada Atletico selepas permulaan yang sangat cemerlang. Sociedad pula mencipta kemenangan kedua mereka pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN