‘Xhaka Tetap Kapten Arsenal Dan Pemain Penting’ – Unai Emery

Unai Emery mengakui beliau ada mendengar kritikan dilemparkan kepada Granit Xhaka termasuk daripada penyokong Arsenal.

Hal ini kerana Xhaka kerapkali hilang fokus di atas padang dan melakukan perkara-perkara yang merugikan pasukan. Misalnya, Xhaka memberikan penalti kepada Spurs sebelum ni.

Ada juga yang mempersoalkan, apa relevannya Xhaka menjadi ketua pasukan, jika beberapa tindakannya telah menyusahkan pasukan.

Namun begitu, Unai Emery mempertahankan Granit Xhaka dan menyatakan bahawa pemain itu masih lagi pilihan utama untuk menggalas jawatan kapten pasukan.

Unai Emery juga mendedahkan bahawa beliau sudah berbincang dengan Xhaka berkaitan dengan kesilapan beliau dalam aksi sebelum ini.

Unai berkata: “Kami sudah bercakap tentangnya, iaitu kesilapan, kemudian kami akan megenalpasti kesilapan, belajar, perbetulkan dan kemudian ulanginya dengan kejayaan.”

“Setiap pemain membuat kesilapan, hanya segelintir sahaja yang diperbesarkan kerana impaknya lebih besar.”

“Namun saya benar-benar memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang baik [positif], persembahan yang positif dan Xhaka mempunyai watak yang besar, dan beliau sangat penting untuk kami [Arsenal].”

“Xhaka bermain sangat baik menentang Tottenham, beliau membuat kesilapan yang memberikan penalti kepada lawan. Beliau sedar akan kesilapannya dan kami berusaha untuk memperbaikinya, berusaha mengubah kesilapan itu dalam satu proses.”

Seterusnya Unai Emery memuji sikap kepimpinan yang ada pada Xhaka.

“Sudah tentu beliau penting, beliau memberi kami keseimbangan yang sangat baik di tengah padang, sama ada dengan bola dan juga tanpa bola.”

“Saya rasa beliau sangat penting buat kami.”

“‘Kita boleh bercakap tentang kecacatan setiap pemain, beliau [Xhaka] juga begitu. Tetapi kita boleh bercakap tentang perkara-perkara positif, persembahan yang sangat positif yang dia berikan kepada kami dalam kebanyakan aksi beliau.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN