Kini hanya lima mata sahaja yang memisahkan Real Madrid dengan kejuaraan La Liga selepas berjaya menewaskan Deportivo Alaves 2-0 di Stadium Alfredo Di Stefano pada awal pagi tadi.
Karim Benzema yang memakai lilitan kapten kerana ketiadaan Sergio Ramos yang digantung perlawanan meletakkan Real Madrid di hadapan seawal minit ke-11 menerusi sepakan penalti selepas Ximo Navarro dipersalahkan kerana menjatuhkan Ferland Mendy dalam kotak penalti.
Lima minit selepas babak kedua bermula, penyerang Perancis itu sekali lagi menjadi duri dalam daging buat pasukan pelawat apabila melepasi perangkap ofsaid sebelum membuat hantaran kepada Marco Asensio yang mudah menolak masuk gol kedua.
3 – @realmadriden have scored three penalty goals in three games in a row in #LaLiga for first time since April-May 2006. Curious. pic.twitter.com/IaEY9WxcmE
— OptaJose (@OptaJose) July 10, 2020
Walaupun pada awalnya gol tersebut dibatalkan kerana ofsiaid, namun semakan semula oleh VAR mengesahkan gol tersebut.
Pasukan itu berpeluang untuk menambah jaringan menerusi Karim Benzema dan Rodrygo, namun kedudukan 2-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan menjadikan kedudukan Real selaku pendahulu liga terus kekal dengan perbezaan empat mata mengatasi pencabar terdekat, Barcelona.
Sekalipun beraksi tanpa Ramos dan Dani Carvajal yang digantung serta Marcelo yang dilanda kecederaan, Thibout Courtois masih dapat terus mengekalkan rekod tanpa bolos dalam lima perlawanan berturut-turut.
🚫 Another night, another incredible defense!🚫
— Real Madrid C.F. 🇬🇧🇺🇸 (@realmadriden) July 10, 2020
👊 Five clean sheets in a row!#RMLiga | #HalaMadrid pic.twitter.com/14VmbN4f4K
Situasi Alaves pula kini semakin kritikal dengan hanya tiga mata sahaja dari zon penyingkiran. Pasukan tersebut yang dibimbing pengurus baharu, Juan Lopez Muniz berdepan tugas sukar untuk memastikan pasukan tersebut terus kekal di liga utama.
Zinedine Zidane kini sedang memburu trofi La Liga keduanya selaku pengurus selepas kali terakhir meraihnya pada musim 2016/17. Lawan Real Madrid yang seterusnya adalah Granada pada awal pagi Selasa waktu tempatan.
Kredit Foto: Real Madrid