La Liga: Jaringan Lewat Paulinho Bantu Bercelona Bangkit Benam Getafe

Bintang antarabangsa Brazil, Paulinho menjaringkan gol kemenangan lewat untuk membantu Barcelona mengekalkan rekod 100% mereka di La Liga. Barcelona bangkit daripada ketinggalan untuk menang perlawanan ini.

Getafe mendahului Barcelona pada separuh masa pertama melalui voli cantik oleh Gaku Shibasaki. Denise Suarez kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ke-62.

Ousmane Dembele terpaksa dikeluarkan dalam perlawanan pertama La Liga beliau berada di kesebelasan utama. Dembele digantikan Gerard Deulofeu pada minit ke-29.

Dembele pastikan mahu melupakan perlawanan ini selepas gagal beraksi secara efektif dalam 29 minit beliau di atas padang.

Paulinho masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua. Beliau memasuki kotak sebelum menjaringkan gol dari sudut yang agak sukar.

Jaringan Paulinho yang dihasilkan pada minit ke-85 itu akhirnya memberikan senyuman kepada Barcelona setelah dikerah berhempas pulas untuk menang perlawanan ini.

Getafe bertahan sangat baik dan cepat mematikan ancaman Barcelona. Barca menguasai 70% perlawanan tetapi Getafe berjaya mengurangkan ancaman Barca di kawasan serangan.

Barcelona hanya melakukan 7 percubaan gol di dalam perlawanan ini. Hanya 5 yang tepat ke arah gol.

Kemenangan ke-4 berturut-turut Barcelona dalam La Liga dan ke-5 berturut-turut dalam 5 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan telah memberikan suntikan positif kepada anak-anak buah Ernesto Valverde.

Ramai pemerhati merasakan mereka akan bergelut selepas kehilangan Neymar.

Tonton: Highlight Getafe vs Barcelona (1-2)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN