EPL: Man. City Cemerlang, Liverpool Dan Spurs Keciciran Mata!

Manchester City berpesat gol menewaskan Watford

Manchester City kini dalam prestasi luar biasa. 3 perlawanan terakhir mereka menghasilkan 15 gol.

Sergio Kun Aguero menjaringkan hatrik dalam pertarungan yang didominasi City secara keseluruhannya.

Watford seakan-akan tidak mampu untuk membendung asakan Manchester City. Pemain lain yang menjaringkan gol adalah Gabriel Jesus, Otamendi dan juga Raheem Sterling.

Liverpool masih tidak menang dalam 3 perlawanan

Di Anfield, Liverpool masih gagal menang sebarang perlawanan selepas 3 perlawanan. Liverpool dikejutkan Burnley dengan jaringan awal Scott Arfield minit ke-27.

Mohamed Salah menyamakan kedudukan pada minit ke-30. Liverpool kemudian buntu mencari gol kemenangan. Liverpool melakukan 35 percubaan ke arah gol namun masih gagal untuk menemui gol kemenangan.

Spurs juga buntu!

Spurs hanya menang sekali daripada 14 perlawanan terakhir mereka di Wembley setakat ini iaitu ketika menang ke atas Dortmund dalam saingan UCL.

Dalam saingan domestik, Spurs masih belum menang di Wembley sejak 2010. Ini merupakan kali pertama Spurs gagal menang dalam 3 perlawanan pembukaan liga mereka sejak 2008/09.

Spurs melakukan banyak percubaan ke arah gol di dalam perlawanan ini. Namun disiplin pemain Swansea ketika bertahan serta aksi cemerlang Fabianski menidakkan semua percubaan Spurs.

Kemasukan Aurier memberikan impak positif kepada Spurs. Namun mereka tetap gagal untuk mencari gol kemenangan. Penyokong Spurs pastinya bengang dengan beberapa keputusan Mike Dean yang dilihat tidak memihak kepada mereka.

Crystal Palace cipta rekod yang tidak diingini

Crystal Palace tewas kepada Southampton di tempat sendiri. Ini menjadikan mereka satu-satunya pasukan yang masih belum mengutip sebarang mata selepas 5 perlawanan.

Roy Hogdson melakukan kepulangan semula ke pengurusan kelab EPL. Palace memiliki beberapa peluang terbaik namun masih gagal menyudahkannya.

Mereka kini menjadi satu-satunya pasukan dalam sejarah EPL yang tewas kesemua 5 perlawanan pembukaan dengan tanpa menjaringkan sebarang gol dalam tempoh tersebut.

Berikut adalah keputusan penuh kesemua perlawanan EPL Sabtu 16/9/2017!

Crystal Palace 0 Southampton 1

Huddersfield Town 1 Leicester City 1

Liverpool 1 Burnley 1

Newcastle United 2 Stoke City 1

Watford 0 Manchester City 6

West Bromwich Albion 0 West Ham United 0

Tottenham Hotspur 0 Swansea City 0

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN