Ousmane Dembele Sah Alami Kecederaan Hamstring

Ernesto Valverde dan barisan kejurulatihannya di Nou Camp pasti berdebar untuk mengetahui sejauh mana kecederaan yang telah menimpa Ousmane Dembele.

Pemain antarabangsa Perancis itu tidak meneruskan perlawanan menentang Getafe apabila kelihatan terhincut-hincut selepas berlari mengejar bola pada minit ke-20 perlawanan.

Photo by Eric Alonso /Action Plus via Getty Images)

Perlawanan menentang Getafe ini adalah permulaan pertama Dembele sebagai pemain Barcelona. Pemain termahal dalam sejarah kelab Catalan ini memberikan isyarat supaya pertukaran dilakukan ke arah bangku simpanan, sebagai tanda beliau tidak boleh meneruskan perlawanan.

Dembele kemudiannya digantikan dengan Gerard Deulofeu.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kelab kemudiannya mengesahkan jenis kecederaan yang dialami oleh Dembele.

“Ousmane Dembele mengalami kecederaan harmstring di kaki sebelah kiri. Pemeriksaan akan dijalankan terhadap untuk mengetahui sejauh mana kecederaan yang dialami oleh Dembele.”

Gergasi Catalan itu membayar sejumlah €105 juta untuk membawa Dembele ke Nou Camp pada Ogos lepas. Nilai penjualan Dembele boleh meningkat kepada €145 juta bergantung kepada perjanjian yang termaktub ketika rundingan dilakukan oleh Barcelona dengan Borussia Dortmund.

(Photo credit should read PIERRE-PHILIPPE MARCOU/AFP/Getty Images)

Pemain antarabangsa Perancis itu melakukan penampilan pertama sebagai pemain Barcelona dari bangku simpanan dalam kemenangan 5-0 ke atas Espanyol pada hujung minggu lalu. Dembele turut menghasilkan 1 bantuan gol untuk Luis Suarez dalam perlawanan tersebut.

Penampilan penuhnya bersama Barcelona adalah ketika beraksi dalam kemenangan 3-0 ke atas Juventus dalam pertandingan UEFA Champions League (UCL) pada pertengahan minggu lalu.

Ketika ditanya mengenai harapan yang diletakkan ke atas Dembele pada musim ini, pengendali Barcelona itu memohon agar semua pihak untuk bersabar.

Valverde dipetik sebagai berkata:

“Dembele menjadi semakin bagus setiap kali selepas latihan. Kali ini kita mahu melihat prestasinya dalam perlawanan kompetitif. Kami berharap Dembele boleh menyumbang banyak kepada Barccelona. Anda pasti akan sentiasa menagih daripadanya. Tetapi kita harus memberi beliau sedikit waktu.”

. (Photo by Burak Akbulut/Anadolu Agency/Getty Images)

Barcelona bangkit daripada ketinggalan satu gol, untuk memenangi perlawanan menentang Getafe dengan jaringan 1-2. Tuan rumah terlebih dahulu di hadapan dengan jaringan oleh pemain dari Jepun, Gaku Shibasaki.

Denis Suarez dan juga satu lagi muka baru di Nou Camp, Paulinho masing-masing menjaaringkan 1 gol untuk memastikan Barcelona mengekalkan 100% kemenangan, dan menduduki tangga teratas dengan maksimum 16 mata di La Liga.

Sumber:

1. Chris Myson, Goal (2017): DEMBELE INJURED IN FIRST HALF OF BARCELONA GAME; http://www.goal.com/en/news/dembele-injured-in-first-half-of-barcelona-game/ndcikw0h48sc1y0hy8j9qaywb

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN