Bintang Paris Saint Germain, Kylian Mbappe dilaporkan sedang menjalin hubungan dengan Ines Rau, model transgender pertama yang muncul sebagai cover di majalah playboy.
Menurut sumber laporan dari media Itali, Corriere dello Sports, Mbappe dikatakan berada di Cannes Film Festival bersama Rau dan beliau kemudiannya dilihat membawa model transgender itu untuk bersiar-siar menaikki kapal mewah.
Rau membuat kemunculan pertama beliau bersama playboy pada tahun 2014 yang lalu dan pada tahun 2017, beliau menjadi transgender pertama yang muncul pada cover majalah tersebut.
Kylian Mbappe reportedly dating trans model Ines Rau, the first transgender woman to appear on Playboy cover https://t.co/86Dc63zxEe
— e360hubs football (@e360hub2) August 31, 2022
Pada ketika itu, terdapat begitu banyak pertikaian tentang kemunculan Rau pada cover majalah, dengan Cooper Hefner, anak kepada pemilik playboy, Hugh Hefner tampil menyatakan:
“Kita sepatutnya bersama-sama berjuang untuk mendapatkan dunia yang lebih terbuka, bukan dunia yang menyokong kebencian dan penuh dengan penindasan.”
Rau sendiri dalam satu temu bual beliau bersama playboy ada menyatakan bahawa:
“Saya dah lama membiasakan diri dengan tidak memberitahu semua orang yang saya adalah transgender.”
Kylian Mbappe has a way of staying in the news whether for football reasons or his love life.
The PSG star appears to have found love after his relationship with actress Emma Smet ended.https://t.co/Z04jpsBZ7E
— Sports Brief (@sportsbriefcom) August 30, 2022
“Saya dah banyak bercinta dan ada yang sampai saya dah lupa. Saya takut kalau saya tak dapat jumpa kekasih dan ia menampakkan saya agak aneh. Kemudian saya rasa macam, ‘Kamu tahu, kamu patut jadi diri kamu sendiri. Ia memang menyakitkan untuk bercakap benar tentang diri kamu sendiri, tidak kira sama ada ia tentang jantina, sexuality atau apa saja.”
“Orang yang tak terima kamu memang tak bernilai. Ia bukan tentang dicintai oleh orang lain, ia tentang mencintai diri sendiri.”
Kylian Mbappe mungkin bakal menjadi cinta sejati untuk Rau, namun tak pasti macam mana mereka mahu mendapatkan keturunan andai mereka berkahwin.
https://twitter.com/yukeshrajbanshi/status/1565965523606724610?s=20&t=WDngRzk2I07sI3wIYnLJcw
Mbappe sementara itu pada ketika ini sedang dibelenggu pelbagai kontroversi baik di atas mahupun di luar padang.
Beliau dikatakan besar kepala dan sedang tidak disenangi oleh rakan sepasukannya atas sikap yang beliau tunjukkan.
Dek kerana PSG memberi jawatan dan kuasa kepada pemain semuda beliau, maka jelas sekali ia sedikit mengganggu perjalanan karier pemenang piala dunia itu.