EPL: Kecemerlangan Pickford Dan Palang Gol Jadi Penghalang Untuk Liverpool Mengutip 3 Mata

Selepas berjaya mencatatkan dua kemenangan berturut-turut, Liverpool hari ini berkunjung ke Goodison Park untuk bertemu Everton dalam aksi Merseyside derby pertama mereka musim ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu memulakan kempen saingan musim ini dengan tidak begitu baik selepas mereka mencatatkan dua keputusan seri dan satu kekalahan dari tiga perlawanan pertama dalam saingan Premier League.

The Reds kemudiannya berjaya mencatatkan kemenangan pertama mereka musim ini ketika membelasah Bournemouth 9-0 dan mereka berjaya menewaskan Newcastle 2-1 pada minggu lalu.

Everton sementara itu masih belum mencatat sebarang kemenangan pada musim ini dengan mereka sekadar mampu mencatatkan tiga keputusan seri dan dua kekalahan.

Everton 0-0 Liverpool

Tiada sebarang gol yang berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan pada aksi babak pertama permainan.

Liverpool memiliki banyak kesempatan emas untuk memperoleh gol pendahuluan namun sayangnya kesemua peluang tersebut gagal disudahi dengan jaringan.

Pada aksi babak kedua, Everton berjaya menstabilkan permainan dan mereka turut beberapa kali menguji gawang gol Liverpool.

Conor Coady berjaya meledak gol pendahuluan untuk Everton pada minit ke-70 permainan, namun gol jaringan beliau dibatalkan oleh VAR kerana beliau ditangkap berada dalam kedudukan offside.

Kedua-dua pasukan kemudiannya saling berbalas serangan dalam usaha mereka mahu mencari gol pendahuluan.

Kecemerlangan Pickford jelas sekali sangat membantu untuk Everton mengelak dari dibolosi oleh Liverpool sepanjang perlawanan ini.

Palang gol juga menjadi penghalang untuk Liverpool mencari gol pendahuluan mereka dalam perlawanan ini.

Pengadil perlawanan memberikan tambahan masa selama enam minit, namun kedua-dua pasukan masih gagal untuk mencari gol pendahuluan dalam perlawanan ini.

Pengadil perlawanan membunyikan wisel penamat, seterusnya mengesahkan keputusan seri tanpa jaringan antara kedua-dua pasukan.

Keputusan seri ini menyebabkan Liverpool sekali lagi terlepas kesempatan untuk mencari tiga mata penuh dan sepertinya harapan untuk mereka mencabar gelaran liga musim ini semakin sukar.

Liverpool kini berada di kedudukan kelima dalam carta saingan liga selepas mengumpul sembilan mata dari enam perlawanan.

Everton sementara itu berada di kedudukan ke-14 selepas mengumpul 4 mata sahaja dari enam perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN