3 Formasi Yang Liverpool Boleh Gunakan Selepas Kejayaan Mereka Mendapatkan Arthur Melo

Liverpool akhirnya berjaya membawa masuk seorang pemain midfield terbaru sebelum jendela perpindahan musim panas ini ditutup dan hal itu sememangnya memberi kelegaan kepada Jurgen Klopp dan para penyokong mereka.

The Reds sepertinya telah melalui jendela perpindahan musim panas ini dengan agak sendu terutama ketika memikirkan bagaimana pasukan-pasukan seteru sakan membeli pemain baru pada musim panas ini.

Liverpool pada jendela perpindahan musim panas ini telah berjaya menandatangani Calvin Ramsay, Darwin Nunez dan Fabio Carvalho.

Walau bagaimanapun, kehadiran tiga pemain itu sepertinya sama sekali tidak membantu untuk menguatkan skuad Liverpool yang pada ketika ini sedang bermasalah.

Posisi midfield jelas sekali memberi masalah besar kepada skuad kendalian Jurgen Klopp itu dan mereka sememangnya terdesak mahu mendapatkan pemain terbaru sebelum jendela perpindahan ditutup.

The Reds akhirnya berjaya mendapatkan Arthur Melo dari Juventus menerusi perjanjian secara pinjaman.

Keputusan Liverpool menandatangani Arthur sedikit sebanyak mencetuskan perdebatan hangat di kalangan peminat di media sosial.

Ramai peminat yang meragui kemampuan pemain midfield berusia 26 tahun itu dan ada juga antara mereka yang percaya bintang Brazil itu akan lebih bersinar jika bermain di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Berikut merupakan tiga formasi yang Liverpool boleh gunakan selepas kejayaan mereka mendapatkan khidmat Arthur Melo.

4-3-3

Memandangkan Liverpool kini sudah kehilangan Thiago Alcantara yang sedang dibelenggu masalah kecederaan, maka Arthur jelas sekali boleh diharapkan untuk menjadi arkitek di bahagian tengah The Reds.

Pemain kebangsaan Brazil itu memiliki kualiti teknikal yang sangat menakjubkan untuk membantu Liverpool mendominasi permainan, dan beliau juga mampu untuk menjadi penghubung dari barisan pertahanan kepada jentera serangan.

Sumber: SPORTbible

 

4-2-1-3

Liverpool tidak dinafikan lagi sememangnya memiliki jentera serangan yang sungguh menakjubkan walau mereka sudah kehilangan Sadio Mane.

Melihat kepada hal itu, Jurgen Klopp sepertinya tidak begitu bimbang tentang posisi serangan beliau dan tentu saja beliau mengharapkan Arthur untuk lebih membantu barisan pertahanan.

Klopp bakal menggunakan Arthur dan Fabinho untuk beroperasi sebagai double deep-lying midfielder untuk membantu Roberto Firmino atau Harvey Elliott untuk bergerak lebih bebas.

Melihat kepada masalah kecederaan yang sedang The Reds hadapi, khidmat Arthur sememangnya sangat ditagih oleh Jurgen Klopp.

Sumber: SPORTbible

4-3-3 (2)

Kembali kepada formasi kegemaran Jurgen Klopp, 4-3-3, dan andai kesemua pemain utama mereka sudah boleh kembali beraksi, kesebelasan utama Liverpool sepertinya bakal lebih menarik.

Mo Salah, Diaz dan Nunez bakal mengharapkan bantuan dari gandingan Fabinho, Arthur dan Thiago dan jelas sekali gabungan kesemua enam pemain ini bakal menghasilkan sesuatu yang sungguh menakjubkan.

Sumber: SPORTbible

 

Kehadiran Arthur Melo sebenarnya membawa banyak impak positif kepada skuad kendalian Jurgen Klopp itu dan jelas sekali para peminat berharap bintang Brazil itu akan mampu mendapatkan tahap persembahan terbaiknya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN