KVL M4: AZE FC Rampas Takhta Pendahulu Liga, Tumbangkan Jan FC 6-2

AZE FC mengukuhkan kedudukan di takhta Klang Valley League (KVL) M4 selepas bergaya menewaskan pesaing terdekatnya, Jan FC 6-2 dalam aksi minggu ke-7 di KV Rhino Shah Alam semalam.

Kedua-dua pasukan menampilkan intensiti yang tinggu sejak wisel mula ditiupkan, tetapi gol pertama hanya hadir selepas 26 minit. Sepakan percuma kanan yang diambil M. Ganeswaran gagal ditangani dengan baik oleh penjaga gol AZE, Nik Najmee. Ini menyebabkan bola muntah jatuh kepada SR Thevaraj yang mudah menewaskan Najmee untuk gol pertama Jan.

AZE bagaimanapun tidak mudah mengalah. Hanya 4 minit kemudian, mereka berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol Umar Juddum yang menerima umpanan Syafiq Faudzi dari sebelah kanan.

Selepas minit ke-56, perlawanan bertukar menjadi pesta gol, terutamanya kepada AZE. Pertama sekali, Azman Othman menyudahkan sepakan percuma Ismail Mamat dari kanan untuk membolehkan AZE mendahului buat kali pertama.

2 minit kemudian, AZE menggandakan kelebihan. Hantaran lintang rendah dari kiri mencipta situasi panik di kubu Jan selepas percubaan Umar dihadang. Tetapi Azman bijak memanfaatkan situasi ini di far post untuk meledak gol ketiga pasukannya.

Sekitar minit ke-60, kesilapan hantaran belakang daripada pertahanan Jan menghadiahkan peluang kepada Umar. Umar jatuh ketika cuba menewaskan penjaga gol Jan, Yugentaran dalam situasi 1v1. Tetapi beliau pantas bangun untuk menyambung usahanya sebelum menjaringkan gol ke-2 peribadinya dalam perlawanan ini.

Walaupun Jan berjaya merapatkan jurang menerusi gol sepakan penalti K. Suganesvaran, AZE masih belum selesai menjaringkan gol. Sejurus selepas gol Jan itu, sepakan percuma Hazwani Abdul Karim di sebelah kiri berjaya menembusi gawang mereka.

Pada aksi terakhir perlawanan, Fakhrul Anuar menerima hantaran lintang rendah dari kanan untuk membuat percubaan. Penyudahnya sekadar menggegar tiang, tetapi pemain gantian, Azreen Jaafar berada di tempat betul pada masa yang betul untuk mudah menampan masuk gol ke-6 AZE.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN