Kurniawan: Kami Sedang Teliti ‘Kisah Hitam’ Antara Jorge Pereyra Diaz, JDT

Jorge Pereyra Diaz Bolivar Sabah FC JDT 2021

Sabah FC sedang meneliti terlebih dahulu kepada ‘kisah’ bagaimana Jorge Pereyra Diaz meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum membuat keputusan.

Sabah dikaitkan dengan bekas penyerang sensasi JDT itu apabila pengendali pasukan, Kurniwan Dwi Yulianto mengesahkannya beberapa hari lalu. Namun, menurutnya ketika itu, mereka kena melihat terlebih dahulu kepada tahap kecergasannya.

Bercakap kepada Bola.com, Kurniawan mengesahkan perbincangan dengan Diaz sudah memasuki fasa akhir. Kini, mereka sedang cuba untuk mengetahui punca kepada kes ‘angkat kakinya’ meninggalkan JDT pada awal musim 2018 lalu.

Kata Kurniawan, “Kami sudah semakin hampir untuk mengikat Diaz, tetapi kami harus menyiasat dahulu latar belakang mengenai masalahnya ketika dia meninggalkan JDT. Khabar angin mengatakan yang dia telah meninggalkan JDT dalam situasi yang tidak baik dan itu yang sedang kami lihat pada ketika ini.”

Diaz telah meninggalkan JDT pada tengah malam, penghujung Februari 2018 di Singapura, sebelum mereka berangkat ke Vietnam bagi saingan Piala AFC. Ia berlaku sehari selepas Harimau Selatan mengumumkan yang pengendali pasukan, Ulisses Morais telah meletakkan jawatannya sebagai ketua jurulatih secara tiba-tiba.

JDT menerima panggilan daripada ejennya yang memaklumkan beliau mahu meninggalkan pasukan dan mereka menghormati keputusan penyerang tersebut.

Pemilik pasukan DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ selepas itu mendedahkan yang Diaz yang menjadi punca kepada ketidakharmonian di dalam pasukan dek kerana permusuhannya dengan Ulisses Morais.

Untuk rekod, itu merupakan kali kedua beliau membuat onar dengan JDT selepas pada Januari 2017. Pada ketika itu, beliau telah disingkirkan akibat mengeluarkan komen yang tidak sepatutnya di media sosial dan kontraknya dianggap tamat.

TMJ ketika mengulas mengenai isu tersebut ada menyatakan mengenai sikap penyerang yang telah meledak lebih 50 gol untuk empat musim bersama JDT itu. Menurutnya, “Semenjak saya mengambil alih bola sepak, dua orang yang paling susah untuk dikawal ialah Pablo Aimar dan Jorge Pereyra Diaz.”

“Dia boleh datang ke latihan pada hari ni, bersalaman dengan kita dan esok dia tak nak tengok muka kita. Bad mood,tutur TMJ mengenai sikap pemain itu.

Ia tidak hanya berakhir di JDT sahaja. Terbaharu, pada Ogos 2020, beliau sekali lagi terpalit dengan kisah yang hampir sama. Beliau didapati ‘angkat kaki’ meninggalkan pasukannya, Bolivar yang sedang bersaing di Bolivian Primera Division.

Jelasnya mengenai isu itu, “Sangat menyedihkan apabila terpaksa meninggalkan pasukan, yang mana mereka tidak membuat saya selesa untuk berada di sana.”

Dan apa yang disebutkannya selepas itu mungkin memberikan petanda yang beliau adalah seorang pemain yang akan meninggalkan pasukan pada bila-bila masa, jika beliau rasa tidak selesa. Katanya, “Saya merasakan yang jika anda rasa tidak selesa, anda hanya perlu pergi. Jangan paksa diri anda untuk beri segalanya.”

Walaupun Sabah dan Kurniawan merasakan yang Diaz sangat sesuai dengan falsafah serta gaya permainan yang mahu dimainkan mereka pada musim hadapan, namun tolonglah berfikir dua kali sebelum membawanya kembali ke Liga Malaysia.

KREDIT FEATURED IMAGE: Archivo Digital

Baca lagi artikel mengenai Jorge Pereyra Diaz, JDT dan Sabah FC:

TMJ Perjelas Pemergian Ulisses Morais, Salahkan Pereyra Diaz Kacau Keharmonian Kelab

Hanya Tinggal Satu Isu Yang Memisahkan Saddil Ramdani Untuk Sertai Sabah FC

TMJ Dedahkan Sebab Jorge Pereyra Diaz Disingkirkan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN