Manchester United Boleh Jadi Ujian Pertama Martin Odegaard

Martin Odegaard

Kehadirannya amat dinantikan, disaat penyokong Arsenal meratapi pemergian perancang elit iaitu Mesut Ozil sambil itu mereka juga mengalukan Martin Odegaard ke Emirates.

Dengan Arsenal semakin mendapatkan rentak selepas permulaan penuh ribut, Krismas jelas sekali memberikan keberkatan kepada skuad Mikel Arteta dalam misi mereka memanjat carta Premier League.

Minggu ini mereka berhadapan ujian terbesar mereka setakat ini bertemu dengan Manchester United. Musuh lama tetapi permusuhan yang kini diperbaharui.

Perlawanan ini pastinya membawa harapan menggunung kedua-dua pasukan, Arsenal mahu meneruskan prestasi baik di liga sementara United mahu bangkit dari kekalahan memalukan kepada pasukan tercorot Sheffield United.

Dengan status perlawanan ini yang sememangnya besar dalam kalendar bola sepak Inggeris tidak kira dimana kedudukan kedua-dua pasukan, ini adalah peluang terbaik untuk Odegaard melakukan penampilan pertama beliau dan menunjukkan kualitinya.

Sebelum ini Arsenal sering dianggap tiada kreativiti di bahagian serangan, dengan adanya Odegaard boleh menyuntik serangan Arsenal dengan lebih baik terutamanya ketika mereka buntu mencipta peluang.

Alexandre Lacazette, Nicolas Pepe atau sesiapa sahaja yang beraksi di bahagian serangan pastinya mahukan servis peluang yang baik diberikan dari pemain tengah dengan Odegaard mampu memberikannya.

Penyokong Arsenal pastinya teruja dan menjangkakan Odegaard bakal diturunkan pada perlawanan ini. Ditambah dengan kebolehannya bermain di pelbagai posisi tengah – tiada masalah untuk beliau untuk diturunkan di mana-mana posisi.

Namun begitu, ianya semua terpulang kepada Arteta sama ada beliau mahu menurunkan terus atau meletakkan di bangku simpanan.

Jika diturunkan dari awal perlawanan, penyokong boleh menjangakakan bagaimana corak permainannya dalam mempengaruhi perlawanan.

Akan tetapi jika diturunkan sebagai pemain gantian, tumpuan akan tertumpu bagaimana Odegaard hendak memberikan impak segera sebaik sahaja dibawa masuk.

Arsenal bakal melayan Manchester United jam 1.30 pagi ini waktu Malaysia.

Baca juga artikel kami mengenai Martin Odeegard:

Martin Odegaard: Impian Jadi Nyata Dapat Bermain Untuk Arsenal (semuanyabola.com)

Hanya Masa Sahaja Pisahkan Martin Odegaard Dengan Arsenal (semuanyabola.com)

Arsenal Jadi Destinasi Pilihan Real Madrid ‘Lepaskan’ Martin Odegaard (semuanyabola.com)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN