TMJ Perjelas Pemergian Ulisses Morais, Salahkan Pereyra Diaz Kacau Keharmonian Kelab

Baru-baru ini Ketua Jurulatih JDT, Ulisses Morais mengumumkan perletakan jawatan daripada jawatan tersebut untuk memberi perhatian kepada keluarga.

Selang beberapa hari pemain import, Jorge Pereyra Diaz dilaporkan meninggalkan hotel penginapan pasukan di Singapura yang sedang dalam rangka persiapan untuk berhadapan dengan Song Lam Nghe An FC dari Vietnam untuk saingan Piala AFC.

Pemergian dua watak penting JDT secara tiba-tiba pantas mengundang spekulasi dari segenap pihak, terdapat krisis dalaman sedang berlaku di dalam pasukan tersebut.

Untuk menjelaskan keadaan sebenar, DYAM TMJ tampil melakukan penjelasan akan perkara sebenar yang berlaku di kem juara Piala AFC 2015 1tu.

Dalam satu kenyataan melalui satu video, pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelaskan apa yang berlaku di kem juara Liga Super Malaysia empat musim berturut-turut melalui satu video.

Video tersebut dimuatnaik ke dalam laman media sosial rasmi milik kelab selatan tanah air tersebut, kira-kira sejam yang lalu.

Menjelaskan kepada semua pihak, TMJ mengesahkan Morais memohon kebenaran pulang ke Portugal kerana isteri beliau bakal berhadapan dengan pembedahan di negara asal jurulatih tersebut.

Jorge Pareyra Diaz, The Beast. Foto: Facebook JST.

TMJ turut mengesahkan bahawa terdapat pertelingkahan di antara jurulatih tersebut dengan Pereyra Diaz sejak latihan pra musim. Perkara tersebut dipercayai dicetuskan oleh jurulatih kecergasan peribadi pemain tersebut, dikenali sebagai En. Fernando.

En. Fernando dikatakan menggunakan kepentingan dan kepercayaan Diaz untuk menimbulkan masalah di antara Diaz dan Morais, demi posisi beliau sendiri di kelab tersebut.

Masalah di antara pemain tersebut dan Morais memuncak apabila Diaz dikatakan sehingga mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Morais.

Selepas melakukan siasatan, TMJ mengambil tindakan memecat En. Fernando kerana menimbulkan keadaan yang tidak harmoni di dalam pasukan.

Malah Baginda tidak terkejut dengan tindakan Diaz meninggalkan pasukan, dan perkara tersebut sememangnya dijangka.

“Apabila saya memecat jurulatih kecergasan tersebut, saya bertahu Alistair Edwards (Pengarah Sukan) dan Martin Prest (Technical Director), bahawa pemain ini (Diaz) akan ikut.”

“Dan itu yang terjadi. Saya ucapkan good luck. No problem. Tidak ada orang yang lebih besar daripada kelab,” ujar Baginda menjelaskan apa yang berlaku kepada Diaz

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN