‘Kualiti Siaran Liga-M Bertaraf Antarabangsa’ – Di Sebalik Tabir Teknologi 4K UHD Astro Arena

Astro Arena 4K UHD

Untuk kali pertama dalam sejarah penyiaran sukan di Malaysia, penonton siaran langsung perlawanan final Piala Malaysia 2023 telah diberi peluang menikmati sajian paparan Definisi Ultra Tinggi 4K (4K UHD) yang turut dihidangkan dengan kualiti audio Dolby Atmos.

Menyingkap kembali saat Astro diumumkan sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia (Liga-M) 2023 pada awal tahun ini, timbul persepsi dari segelintir pihak yang beranggap langkah ini seolah-olah menjadikan sukan bola sepak profesional di negara ini tidak lagi bersifat ‘membumi’.

Ia berikutan hak penyiaran bagi sebahagian besar perlawanan-perlawanan tumpuan Liga-M hanya akan dipaparkan di saluran Astro Arena yang memerlukan peminat berbelanja membuat langganan bagi menontonnya sama ada di televisyen atau peranti.

Minda ‘Toksik’ Penyokong Tempatan: Desak Kelab Bayar Gaji ‘Cantik’, Tapi Siaran Langsung Nak Percuma

Menyedari dilema ini, Bahagian Sukan Astro nampaknya enggan untuk terus berada di takuk yang sama. Pada tahun pertama sejak kembali memiliki hak penyiaran Liga-M, sesuatu yang menakjubkan atau kelainan harus ditawarkan buat para pelanggan.

Ia mungkin bukanlah perkara baharu untuk pengguna Astro kerana siaran 4K UHD ini sudah pun dipaparkan untuk kejohanan sukan antarabangsa seperti Piala Dunia FIFA, Euro dan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun ini adalah buat julung-julung kalinya dalam sejarah untuk penyiaran sukan tempatan dan aksi final Piala Malaysia 2023 menjadi pilihan Astro untuk menampilkan teknologi ini buat tatapan peminat bola sepak negara.

Sebelum sepak mula perlawanan di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu tempoh hari, Semuanya BOLA berkesempatan untuk melihat sendiri kerja-kerja di sebalik tabir oleh produksi Astro Arena di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Mana-mana penyiaran sekalipun, operasinya tidak semudah yang difikirkan sebahagian orang. Ia memerlukan perancangan teliti dari segi persiapan, logistik dan tenaga kerja yang mencukupi.

Untuk perlawanan tempoh hari, Astro menggunakan 14 kamera utama meliputi kawasan padang, tempat duduk penonton serta pemain dan papan skor. Selain itu dua kamera pemain (playercam) juga digunakan bagi memberikan perspektif baru yang memfokuskan kepada seseorang pemain.

Ia adalah sebagai elemen interaktif penonton yang akan mengundi pemain yang mereka mahu lihat pergerakannya sama ada ketika ada dengan bola atau tanpa bola dalam tempoh beberapa minit.

Ini adalah satu lagi pembaharuan yang diperkenalkan oleh Astro. Sebelum pihak produksi juga pernah membuat eksperimen dengan kamera bugi (buggycam) ketika perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri pada Julai lalu.

Untuk memastikan semua 16 kamera di setiap pelusuk stadium ini berfungsi dengan sempurna, sejumlah 100 orang krew diperlukan untuk mendapatkan visual dan sudut terbaik buat penonton.

Kesemua visual daripada 16 kamera ini akan ‘diadun’ oleh seorang pengarah di sebuah bilik kawalan Penerbitan Kamera Berbilang (MCP). Tentunya ia amat penting bagi memastikan penonton tidak terlepas untuk melihat momen-momen penting yang berlaku semasa perlawanan berlangsung.

Maka sudah pasti tugas mencabar ini memerlukan setiap krew yang terlibat adalah cukup terlatih dan mempunyai ikatan kerjasama yang kuat.

Bukan itu sahaja, Astro juga memperkenalkan teknologi sistem bunyi Dolby Atmos yang dipersembahkan buat pertama kali dalam penyiaran sukan tanah air yang akan menyajikan bunyi yang optimum seolah-olah mereka yang menonton di kaca tv atau peranti juga boleh merasai pengalaman seperti berada di stadium.

Keberadaan sebuah lori setelit di perkarangan stadium pula berfungsi untuk menghantar isyarat data bermula dari stadium ke ibu pejabat, kemudian dikirim ke satelit di angkasa lepas sebelum dipancarkan ke rumah atau premis setiap pelanggan.

Semuanya demi memastikan peminat bola sepak di seluruh pelusuk tanah air dapat perlawanan bola sepak di kaca tv mereka secara langsung yang hanya lewat 30 saat daripada masa sebenar.

Semua ini adalah bukti bahawa Astro telah meletakkan satu penanda aras dalam kualiti penyiaran sukan tempatan. Semuanya demi manfaat dan kebaikan arena bola sepak negara yang perlu diletakkan pada satu tahap yang tinggi, setaraf dengan kejohanan-kejohanan sukan antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN