Kualiti Safawi Rasid Mampu Selesaikan Masalah Kreativiti Serangan Terengganu

Baru-baru ini dilaporkan pemain sayap kebangsaan iaitu Safawi Rasid berkemungkinan akan kembali mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) pada pertengahan musim 2023.

Beberapa kelab dilaporkan telah pun dikaitkan bersama Safawi dengan Terengganu dilihat sebagai destinasi terbaharu buat pemain serangan ini tidak lama lagi.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu iaitu Ab Rasid turut mengesahkan mereka kini dalam usaha untuk membawa masuk pemain tersebut yang kini sedang beraksi dalam saingan Thai League 1 bersama Ratchaburi FC.

“Sejujurnya kita begitu berminat untuk menggunakan khidmat pemain itu (Safawi) bagi memperkuatkan lagi jentera sayap dan serangan pasukan lebih-lebih lagi kami bakal beraksi dalam saingan Piala AFC selain Liga Malaysia (Liga M).

“Lagipun kami sudah berusaha ke arah itu (mendapat Safawi) selepas dikhabarkan pemain berusia 26 tahun itu tidak begitu gembira dan selesa beraksi bersama kelab Ratchaburi FC dan bersedia untuk kembali mewarnai Liga M.

“Jika tidak ada sebarang masalah, Insya-Allah bekas pemain kelab T-Team itu bakal kembali mewarnai pasukan negeri kelahirannya pada jendela kedua perpindahan pemain nanti,” katanya menerusi Harian Metro.

Safawi yang kini masih lagi mempunyai kontrak bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) telah pun dipinjamkan kelab tersebut untuk menyertai Ratchaburi, sebaik sahaja saingan Piala AFF 2022 selesai.

Kualiti dimiliki Safawi jelas tidak perlu dipertikaikan lagi, setelah beliau turut mencipta nama di Thailand selepas berjaya merekodkan jaringan serta tampil cemerlang di posisi serangan kelab tersebut.

Jika segalanya menjadi realiti, maka Terengganu bakal mendapat faedah terbaik menerusi kualiti dimiliki Safawi untuk memperbaiki aspek serangan pasukan tersebut musim ini.

Kualiti serangan Terengganu musim ini antara yang dipertikaikan oleh segelintir penyokong kerana masalah kreativiti sering menghalang pasukan tersebut untuk tampil lebih baik di hadapan gawang.

Musim lalu, Faisal Halim menjadi pemain yang sangat penting dalam menggerakkan serangan pasukan tersebut menerusi kelincahan serta visi beliau ketika membuat hantaran.

Safawi yang dikenali merupakan pemain yang sangat bagus dalam membuka ruang serangan serta memiliki kelincahan yang baik untuk mengkucar kacirkan pertahanan lawan.

Kehadiran bekas pemain T-Team ini pastinya akan disambut baik oleh penyokong yang pastinya menagih kualiti Safawi untuk terus memperkukuhkan posisi serangan, terutama sekali mereka mempunyai misi besar tahun 2023 iaitu Piala AFC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN