‘Isu Kecederaan’- Mason Mount Terlepas Peluang Beraksi Sehingga Habis Musim

Pemain bintang Chelsea iaitu Mason Mount dilaporkan mungkin tidak dapat menyambung baki musim ini untuk beraksi di atas padang bersama pasukan tersebut dalam saingan English Premier League (EPL).

Ini kerana, Mount sah dilanda kecederaan yang agak teruk sehingga memerlukan pembedahan dibuat dalam kadar segera untuk terlepas baki saingan liga bersama Chelsea menerusi laporan dikeluarkan oleh Sportbible.

Liverpool yang sebelum ini mempunyai rencana untuk cuba mendapatkan Mount musim hadapan mungkin sedang memantau kembali situasi pemain tersebut sebelum mereka menandatangani khidmat pemain kebangsaan England itu.

Mount sebelum ini dikatakan tidak gembira berada di Stamford Bridge kerana nilai gaji diterima beliau selaku pemain senior agak rendah berbanding rakan sepasukan lain.

Malah musim ini juga kelibat Mount kurang memberi impak buat pasukan, selain prestasi semasa Chelsea juga tidak berada dalam keadaan lebih baik sehingga merekodkan keputusan yang negatif.

Selain isu nilai pembayaran gaji, kehadiran ramai muka-muka baharu musim ini juga menjadikan Mount semakin kerap tersisih dan lebih banyak menghabiskan masa di bangku simpanan sahaja.

Disebabkan itu, Liverpool bercadang untuk cuba membawa masuk Mount selain merrka sendiri mencari calon sesuai untuk mendapatkan perancang tengah lebih muda.

The Reds tampil dengan prestasi tidak konsisten musim ini, kerana mereka sering dihantui masalah kecederaan serta isu pemain yang semakin tua di posisi tengah.

Selain Mount, beberapa lagi nama pemain turut berada dalam radar mereka untuk memperkukuhkan posisi tengah serta serangan kelab tersebut pada masa akan datang.

Mengenai Mount, isu kecederaan itu disahkan sendiri menerusi pengurus kelab tersebut iaitu Frank Lampard dengan menyatakan pemain tersebut tidak akan beraksi pada baki musim ini.

Mount dilaporkan mengalami kecederaan teruk di bahagian pelvis yang memaksa pembedahan perlu dibuat kepada pemain tersebut dalam kadar segera.

Selain kehilangan Mount, Chelsea juga turut terlepas peluang untuk menggunakan khidmat Reece James yang turut mengalami masalah kecederaan ketika ini.

Dengan isu kecederaan yang menimpa Chelsea ketika ini, ianya menjadi tugas sangat berat buat Lampard untuk memulihkan prestasi kelab tersebut supaya tampil menjadi lebih baik sebelum persaingan liga tamat.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN