Sudah Ledak Gol Di Thailand, Kualiti Safawi Masih Tak Cukup Untuk Harimau Malaya?

Safawi Rasid antara nama pemain yang menjadi persoalan utama dalam kalangan segelintir peminat selepas nama beliau tidak tersenarai untuk skuad kebangsaan.

Walaupun begitu, nama penyerang kelahiran Terengganu itu tetap berada dalam senarai menunggu bersama pemain lain seperti Lee Tuck, Sergio Aguero, dan beberapa yang lain lagi.

Menjadi persoalan besar ketika ini, jika Kim Pan-gon mahu menggunakan pendekatan baharu dalam kalangan pemain, atau kualiti Safawi merudum sejak beliau menyertai Ratchaburi Mitr Phol di Thailand.

Untuk rekod, Safawi menjadi antara pilihan utama pasukan tersebut dalam saingan Thai League 1, selepas beliau menyertai Ratchaburi pada awal tahun ini setelah dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT).

Daripada 11 penampilan bersama Ratchaburi, Safawi telah pun meledak satu gol ketika menentang Chonburi serta memberi satu bantuan jaringan buat pasukan tersebut.

Beraksi di saingan tersebut ianya bukan suatu yang mudah buat mana-mana pemain Malaysia untuk cepat menyesuaikan diri, dan sehingga kini Safawi telah pun membuktikan dengan sangat baik.

Berdasarkan prestasi semasa Safawi yang konsisten ketika ini, maka menjadi sesuatu sangat menghairankan kenapa pemain ini tidak tersenarai dalam panggilan utama Harimau Malaya?

Malah pada penghujung tahun lalu, Safawi merupakan antara pilihan utama Kim untuk saingan Piala AFF selain menjadi salah seorang kapten skuad kebangsaan bagi kejohanan tersebut.

Melihat kepada senarai pemain utama dipanggil kali ini, bukan kerana prestasi Safawi yang menyebabkan beliau tidak terpilih dalam senarai utama, tetapi kerana kehadiran bintang-bintang baharu yang mempunyai kualiti tersendiri bermain sama posisi seperti beliau.

Safawi yang lebih banyak beraksi selaku pemain tengah menyerang bersama Harimau Malaya bawah kendalian Kim kali ini mempunyai cabaran hebat daripada pemain baharu dipanggil seperti Nooa Laine, Endrick dos Santos, serta Paulo Josue.

Ketiga pemain ini jelas mempunyai rekod semasa yang sangat baik bersama kelab masing-masing, serta pastinya ingin digunakan oleh Kim sebaik mungkin pada dua aksi persahabatan akan datang.

Misalnya Endrick, daripada segi sumbangan gol beliau serta kesan permainan ditampilkan bersama JDT ketika ini merupakan sesuatu sangat menarik untuk diperkatakan.

Daripada lima perlawanan membabitkan beliau, pemain naturalisasi kebangsaan ini telah meledak empat gol secara keseluruhan daripada empat perlawanan Liga Super untuk menjadi sebagai salah seorang penjaring terbanyak JDT.

Selain itu, Josue juga tampil dengan prestasi memberansangkan kini bersama Kuala Lumpur City (KL City) menerusi dua jaringan dihasilkan beliau daripada empat perlawanan.

Kesimpulannya, bukan prestasi Safawi yang tidak bagus menjadi punca beliau dipinggirkan kali ini dalam senarai pemain Harimau Malaya untuk dua aksi persahabatan.

Tetapi kualiti dan ketajaman dimiliki dua pemain naturalisasi baharu Harimau Malaya itu terlalu bagus ketika ini, dan pastinya Kim mempunyai rencana tersendiri untuk memberi nilai positif buat skuad kebangsaan.

Apapun, Safawi boleh terus kekal fokus bersama pasukannya dan mempunyai banyak masa untuk terus menyerlahkan kualiti beliau di Thailand bersama Ratchaburi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN